RON95, RON97 Naik Satu Sen, Diesel Naik Lima Sen

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 17 Okt (Malaysiaaktif) - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala diesel naik lima sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Okt ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.74).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA