Empower ECER Hulu Terengganu Lahirkan Usahawan Berjaya

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 16 Nov (MalaysiaAktif) - Empower Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sentiasa menyuntik motivasi kepada para peserta untuk terus berusaha ke arah membina masa depan yang cerah dengan meningkatkan keyakinan para peserta untuk membuka dan mengembangkan perniagaan sendiri, serta menjadikan empower ECER sebagai satu platform membangunkan diri peserta menjadi usahawan yang berjaya.

Pengurus Felda Mengkawang Azman Raja Busu, berkata Empower ECER Hulu Terengganu telah berjaya melatih lebih 800 orang pelajar dalam pelbagai bidang kursus bermula 2014 sehingga sekarang.

"Setiap kursus ditawarkan adalah secara percuma dan kepada sesiapa yang berminat boleh terus ke cawangan Empower ECER berhampiran untuk mendaftarkan diri.

Pengurus Felda Mengkawang, Azman Raja Busu ketika merasmikan pembukaan kedai AnnyHan Salon & Vandor. Pengurus Felda Mengkawang, Azman Raja Busu ketika merasmikan pembukaan kedai AnnyHan Salon & Vandor.



"Hari ini, pihak pengurusan FELDA dan pihak empower ECER Hulu Terengganu berbangga meraikan kejayaan seorang pelajar di sini yang telah berusaha dengan gigih tanpa mengenal jemu dan berjaya membuka kedai sendiri," katanya ketika merasmikan pembukaan sebuah kedai dandanan rambut, di sini baru-baru ini.

Kedai dandanan rambut AnnyHan Salon & Vendor adalah bukti kejayaan Mariani Mohamad, 30, yang merupakan pelajar yang bermula dari seorang yang makan gaji secara kontrak akhirnya berjaya menambah pendapatan berlipat ganda hasil dari perniagaan dan tunjuk ajar daripada pemerkasaan ECER.

Demonstrasi selepas perasmian di kedai AnnyHan Salon & Vendor. Demonstrasi selepas perasmian di kedai AnnyHan Salon & Vendor.



Mariani memberitahu beliau pada asalnya bekerja secara kontrak di Kuantan, Pahang dan terpaksa meninggalkan anak dan suami di Felda Mengkawang mula mengorak langkah memulakan perniagaan gunting rambut di rumah beliau sendiri selepas berhenti kerja bagi membantu suami yang hanya bekerja kampung.

"Bagi menambahkan lagi pengetahuan dan meluaskan lagi bidang perniagaan, saya mula menjadi pelajar di Empower ECER Hulu Terengganu dalam bidang Wellness Spa dan sekarang berjaya membuka kedai dan mampu menjana pendapatan bersih sekitar RM5000 sebulan daripada perniagaan ini," katanya.

Mariani Mohamad, 30, pelajar empower ECER Hulu Terengganu dan pemilik AnnyHan Salon & Vendor. Mariani Mohamad, 30, pelajar empower ECER Hulu Terengganu dan pemilik AnnyHan Salon & Vendor.



Usaha Mariani Mohammad turut mendapat perhatian pihak pengurusan FELDA Mengkawang dan pihak FELDA sendiri menyokong penubuhan perniagaan dan berharap lebih ramai anak felda mengikut jejak langkah beliau.

-ii-