COVID-19: Denai Sungai Pengkalan Datu Ditutup Sementara

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Nov (Malaysiaaktif)- Denai Sungai Pengkalan Datu, Kota Bharu yang dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 24 Oktober kini ditutup sementara waktu.

Menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Bharu Razali Md.Nor, penutupan ini bermula 17 November 2020 hingga 6 Januari 2021 adalah sebagai langkah kawalan penyumbang kepada kadar merebaknya COVID-19.

"Penutupan ini sempena musim tengkujuh yang mula melanda negeri Kelantan yang menyebabkan air pasang lebih tinggi hingga mencecah pelantar denai juga berisiko kepada pengunjung kerana lantai basah dan agak licin," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Denai sungai dihalang dan dipagari agar tiada yang beriadah di sini. Denai sungai dihalang dan dipagari agar tiada yang beriadah di sini.



Imam Masjid Al-Taqwa Mukim Pulau Muhamad Deraman, berkata denai sungai ini wajar ditutup sementara kepada orang ramai yang datang dan menyokong usaha pihak JPS yang bertindak menutup denai sungai sementara waktu.

“Memang patut denai ini ditutup sementara untuk mengelakan orang ramai dari berkumpul, berehat dan bergambar secara beramai-ramai yang boleh jadi peyumbang kepada kadar jangkitan COVID-19,” katanya.

Bagi Mat Husin Muda, 54, seorang kontraktor berpandangan penutupan ini adalah perlu sebagai usaha mencegah penularan wabak COVID-19 tindakan awal adalah lebih baik.

“Penduduk di sini perlu lebih peka dalam memberi kerjasama kerana ianya langkah pencegahan yang lebih baik dari merawat,” Kata Mat Husin.

Semua pihak menyambut baik tindakan JPS Daerah Kota Bharu dengan menutup denai sungai pada masa ini dan langkah ini bukan untuk menyekat rezeki penduduk tempatan namun untuk keselamatan semua.

-NAZ