Pembelajaran Secara Maya Medium Terbaik Kongsi Ilmu

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Suria Karim (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 20 Nov (Malaysiaaktif) - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Nibong Tebal menggunakan kaedah pembelajaran secara maya kepada peserta kursus yang tidak dapat hadir berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilaksanakan di seluruh negara.

Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Nibong Tebal Ramlan Ishak, menzahirkan rasa syukur terhadap komitmen dan kesungguhan tenaga pengajar yang sanggup meluangkan masa berkongsi ilmu bersama peserta kursus.

Ramlan merangkap tenaga pengajar melakukan pembelajaran secara maya. Ramlan merangkap tenaga pengajar melakukan pembelajaran secara maya.



"Kaedah pembelajaran seperti ini adalah alternatif terbaik kepada semua peserta apabila setiap sesi dirakam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan di samping mampu meningkatkan kemahiran individu dari semasa ke semasa.

Ramlan bersama tenaga pengajar dalam kursus masakan. Ramlan bersama tenaga pengajar dalam kursus masakan.



"Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta kursus yang berjaya menyesuaikan diri untuk belajar walaupun sebelum ini semua aktiviti kursus dilakukan secara bersemuka," katanya ketika ditemui bersama tenaga pengajar di Kursus Kelas Masakan di Pusat KEMAS Sungai Tongkang, di sini baru-baru ini.

Antara menu masakan yang dihasilkan. Antara menu masakan yang dihasilkan.



Menurutnya lagi, kaedah yang digunakan itu membuktikan bahawa tenaga pengajar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi KEMAS.

-ii-