33 Tahun Mahkamah Majistret Setiu Kini Beralih Angin

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob/Shaik Fikri (Setiu)

SETIU, 12 Jan (Malaysiaktif) – Rentetan lawatan kerja pada bulan Jun tahun lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, kini Mahkamah Majistret Setiu telah mendapat bangunan baharu bertempat di Taman Tarom Permai yang telah dirasmikan oleh beliau, baru-baru ini.

Menurut Takiyuddin Hassan, hampir 33 tahun Mahkamah Majistret Setiu berfungsi dalam keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa menyewa bangunan lama yang serba kekurangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menandatangani buku lawatan kerja sambil di perhatikan oleh Ahli Parlimen Setiu dan Pegawai Daerah Setiu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menandatangani buku lawatan kerja sambil di perhatikan oleh Ahli Parlimen Setiu dan Pegawai Daerah Setiu.



“Dengan sewaan sementara bangunan dua tingkat ini dan kelengkapan yang serba canggih serta menelan kos hampir RM350 ribu ini, memperlihatkan kecaknaan kerajaan terhadap agensi kerajaan dan rakyat.

“Terdapat lima lagi mahkamah majistret di seluruh negara yang akan dinaik taraf sebagaimana Mahkamah Majistret Setiu,” katanya.

Takiyuddin sedang meninjau fasiliti Mahkamah Majistret Setiu dan bertanya sesuatu kepada Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir. Takiyuddin sedang meninjau fasiliti Mahkamah Majistret Setiu dan bertanya sesuatu kepada Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir.



Beliau berkata, bangunan baharu kekal milik Mahkamah Majistret Setiu dijangka dibina pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta dan akan didirikan di Kampung Binjai Manis berhampiran dengan Bandar Permaisuri.

“Walaupun ruang mahkamah yang selesa, kita berharap supaya apabila mahkamah ini beroperasi sepenuhnya amalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dapat dipatuhi sepenuhnya terutamanya penjarakan fizikal semasa perbicaraan mahupun selepas perbicaraan” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini.

Bergambar kenangan di luar ruang Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang ), Datuk Takiyuddin Hassan. Bergambar kenangan di luar ruang Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang ), Datuk Takiyuddin Hassan.



Tambah beliau, mahkamah ini dilengkapi dengan fasiliti yang serba moden dan akan menjadi model kepada mahkamah-mahkamah lain yang akan dinaik taraf kelak.

Antara mahkamah yang akan dinaik taraf ialah mahkamah di Johor, Sawarak, Sabah dan Kedah.

-ii-