Melaka Tuju Negeri Lestari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Fariza Farnoh (Melaka)

MELAKA, 12 Jan (Malaysiaaktif) - Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan hala tuju Melaka Rumahku yang terkandung dalam slogan negeri Melaka iaitu "Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia" dengan visi Menuju Negeri Lestari dan misi berasaskan perkataan T.E.R.A.S iaitu Teknologi, Entrepreneurship, Revolusi Industri dan Ekonomi, Antarabangsa dan Sejahtera.




Ketika Ucapan Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali. Ketika Ucapan Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.


Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dasar-dasar yang memberi manfaat jelas kepada rakyat akan terus diberikan keutamaan untuk dilaksanakan.


"Program dan projek dari perspektif memajukan ekonomi seperti penyediaan infrastruktur sosial dan ekonomi, pewujudan peluang-peluang pekerjaan serta perniagaan, pembangunan keusahawanan, penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, prasarana pendidikan dan kemahiran akan diteruskan.


"Melalui beberapa siri program seperti retreat, seminar, pra-lab dan lab, kita telah berjaya mengenal pasti lapan Flagship bagi negeri Melaka serta menghasilkan Quick Wins dan Symbolic Actions serta Key Performance Indicator (KPI).


"Kesemua lapan flagship adalah Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Pengurusan Air Mampan, Pembangunan Bersasar, Digital Melaka, Melaka Negeri Usahawan, Melaka Negeri Pelancongan, Melaka Hub Pendidikan dan Melaka Sejahtera (Perpaduan, Kesihatan, Kebajikan dan Belia & Sukan).


"Sesungguhnya, Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) ini adalah kitab, dokumen besar, yang komprehensif dan holistik, bagi memandu hala tuju pembangunan, kemajuan serta masa depan Negeri Melaka bagi menuju mercu kejayaan", katanya ketika merasmikan Majlis Pra Pelancaran PSMJ 2035, pagi semalam di sini.


Turut hadir pada majlis ini Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Bahagian Pembangunan, Datuk Salhah Salleh.




400 orang penjawat awam hadiri Majlis Pra Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035. 400 orang penjawat awam hadiri Majlis Pra Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.


-KN