Kes Baharu Catat Sedikit Penurunan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 26 Jan (Malaysiaaktif) - Kes harian positif COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan, iaitu 3,048 kes berbanding 3,346 kes semalam dan 4,275 kes pada Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes positif baharu, lapan kes adalah kes import manakala selebihnya 3,040 adalah kes tempatan.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya mengenai perkembangan COVID-19 berkata, dengan kes baharu yang dicatatkan pada menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara kepada 186,849 kes.

Beliau berkata kes sembuh COVID-19 yang direkodkan pada ialah 3,638 kes sekali gus mengatasi kes baharu.

"Jumlah kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 11 kes iaitu tiga di Sabah, masing-masing dua kes di Selangor dan Sarawak, masing-masing satu kes di Kelantan, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes aktif COVID-19 dalam negara kini adalah sebanyak 41,076 kes dengan 261 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 101 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes diikuti Johor (529 kes) dan Sabah (348 kes).

-- BERNAMA