Pelajar Terima Vitamin C Percuma, Tingkat Imuniti

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Mohd Afiq Ahmad Zaid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 300 pelajar di sini menerima sumbangan suplemen vitamin C, bagi memastikan mereka terus sihat dan kekal bertenaga sepanjang menghadapi peperiksaan awam yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Mohd Fazil Wahab, berkata sumbangan suplemen vitamin C berkenaan diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, di sini melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

“Idea untuk menyumbang suplemen vitamin C kepada pihak sekolah tercetus setelah mengadakan perbincangan bersama pihak PIBG sekolah berkenaan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut, semalam.

“Ini bersesuaian dengan situasi pandemik ketika ini, para pelajar disarankan perlu meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit termasuk virus korona dan seterusnya menggelakkan jangkitan,” katanya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab mengharapkan dengan sumbangan vitamin C berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar. Fazil Wahab mengharapkan dengan sumbangan vitamin C berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar.



Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri Md Azmi A. Aziz, berkata penyerahan sumbangan suplemen vitamin C berkenaan bersesuaian dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), supaya para pelajar mengambil sekurang-kurangnya 50mg vitamic C setiap hari bagi menjaga kesihatan, sekaligus dapat mencegah diri daripada penularan wabak COVID-19.

“Manfaat vitamin untuk tubuh kita antara lain adalah membina imuniti atau kekebalan tubuh yang diperlukan untuk melawan infeksi virus dan sumbangan suplemen ini diharapkan para pelajar dapat meningkatkan sistem imun yang lebih sempurna," katanya.

Tambah Md Azmi, selain sumbangan suplemen berkenaan yang diberikan oleh Pejabat DUN Seberang Takir, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain juga telah menyumbangkan pelindung muka kepada seluruh kakitangan sekolah.

Sesi penyerahan vitamin C dan pelindung muka kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dan juga bersama Yang Dipertua PIBG, Md Azmi A. Aziz. Sesi penyerahan vitamin C dan pelindung muka kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dan juga bersama Yang Dipertua PIBG, Md Azmi A. Aziz.



“Sumbangan pelindungan muka tersebut diharapkan dapat membantu dan memudahkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang mengajar di sekolah menjelang peperiksaan awam yang akan berlangsung nanti,” katanya.

Katanya, beliau mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyumbang keperluan berkenaan.

"Ini membuktikan bahawa semua pihak memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memastikan sekolah dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja berkualiti tetapi memiliki kesihatan yang baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, KPM telah mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan bermula pada 22 Februari ini manakala peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac akan datang.

-ii-