Ketibaan Vaksin COVID-19 Dorong Minat Belian di Kaunter Farmaseutikal

PUTRAJAYA, 22 Feb (Malaysiaaktif) –Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Ahad telah mendorong minat belian di kaunter farmaseutikal pada sesi pagi ini.

Pada 10.13 pagi, Pharmaniaga Bhd menyaksikan sahamnya naik tujuh sen kepada RM4.93 dengan 517,000 saham diniagakan manakala saham Duopharma Biotech Bhd meningkat satu sen kepada RM3.49 dengan 651,200 saham bertukar tangan.

Ho Wah Genting Bhd turut naik 2.5 sen kepada 70.5 sen dengan 10.21 juta saham diniagakan.

Bagaimanapun, rasa gembira disebabkan vaksin tidak memberi prospek yang baik kepada kaunter sarung tangan getah.

Pada 10.13 pagi, Top Glove Corporation Bhd mencatatkan tekanan jualan yang tinggi dengan sahamnya merosot 19 sen kepada RM5.86, dengan 6.61 juta saham diniagakan.

Pada masa sama, Supermax Corporation Bhd susut 24 sen kepada RM5.56, dengan 5.13 juta saham diniagakan manakala Hartalega Holdings Bhd berkurangan empat sen kepada RM12.02, dengan 672,300 saham bertukar tangan.

Rakuten Trade Sdn Bhd yakin sentimen akan ditingkatkan oleh berita mengenai adanya vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, prestasi dijangka disangkal berikutan kaunter sarung tangan akan menyaksikan jualan yang berterusan, katanya dalam nota hari ini.

Dengan kumpulan pertama 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di negara ini pada Ahad, Malaysia kini menyertai komuniti global dalam usaha memerangi koronavirus dengan lebih hebat.

-- BERNAMA