Lebih Banyak Peluang Pekerjaan dan Kemudahan Berniaga di Daerah Jelebu

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abdul Halim Jumaat (Jelebu)

JELEBU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kedai Dua Tingkat Atas Tanah Milik Koperasi Kerajaan Daerah Jelebu yang Disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan kerjasama UDA Holdings Berhad yang dipengerusikan Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap Ahli Parlimen Jelebu.

Objektif majlis pecah tanah ini diadakan adalah sebagai gambaran simbolik paparan membanggakan di atas kemerlangan UDA Holdings Berhad sepanjang 50 tahun penubuhan.

Menurut Jalaluddin, pembinaan kedai dua tingkat ini didirikan di kawasan yang strategik dan membolehkan orang awam berurusan dengan lebih mudah serta kondusif kerana pembangunan ini dirancang secara holistik.

”Ia menyediakan pelbagai kemudahan, selain bertujuan membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan dengan penyediaan prasarana dan ruang bangunan rumah kedai terbaik kepada penduduk setempat melalui Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Jelebu,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, hari ini.

Menurut penerima sumbangan bantuan pembangunan koperasi, Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad, sumbangan ini dapat memantapkan aktiviti perniagaan yang dijalankan di samping menaik taraf dan memberi bantuan kepada ahli yang berdaftar.

-FF