2,192 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan, 2,189 Kes Tempatan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 23 Feb (Malaysiaaktif) - Sebanyak 2,192 kes baharu COVID-19 direkodkan manjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 285,761 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham, berkata daripada jumlah tersebut, kes tempatan merekodkan sebanyak 2,189 kes dengan 1,337 merupakan warganegara manakala 852 melibatkan bukan warganegara.

"Negara turut merekodkan tiga kes import dengan dua kes melibatkan warganegara manakala satu bukan warganegara.

"Sebanyak 3,414 kes sembuh dicatatkan manakala enam kes kematian direkodkan," katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes-kes kematian semalam melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak.

"Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara," katanya.

-SH