180 Pekerja Konsesi Pembersihan Dirai

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit bersama Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun menyantuni 180 orang pekerja syarikat konsesi pembersihan bagi meraikan golongan ini yang komited dalam memastikan kebersihan sekitar terjaga.

"Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai ini diharapkan sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Saya juga memohon kerjasama kepada semua pekerja syarikat dan rakyat amnya agar mengutamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan seperti menjaga kebersihan diri sepanjang masa agar kita dapat memutuskan pandemik COVID-19 ini," katanya ketika ditemui dalam satu majlis ringkas di perkarangan Pejabat Environment Idaman, di sini baru-baru ini.

Salah seorang penerima sumbangan, Norlela Mohd Noor, 42, berkata beliau berasa terharu atas sikap peduli rakyat yang ditunjukkan terhadap pekerja-pekerja pembersihan pada hari ini dan beliau amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

“Sumbangan ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk memenuhi keperluan keluarga saya," katanya yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak yang masih bersekolah.

-SH