Murid dan Pelajar Tak Sabar ke Sekolah

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Murid dan pelajar institusi pendidikan di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ke sekolah secara bersemuka semula mulai 1 dan 8 Mac 2021 untuk sekolah rendah dan pada 5 April 2021 untuk semua pelajar sekolah menengah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Pendidikan Dr. Radzi Mat Jidin, berkata murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua hadir ke sekolah lebih awal berbanding yang lain bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan SOP di sekolah, seperti murid Tahun Satu yang baharu masuk ke sekolah.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pauh Jaya, Ku Nuwairah Ku Mahadzir, 14, seronok dapat mengikuti semula suasana belajar di sekolah seperti yang pernah dilalui sebelum ini.

“Inilah masa yang ditunggu-tunggu dan rindu untuk bertemu dengan rakan-rakan untuk sambung berlatih dalam sukan.

Ku Nuwairah Ku Mahadzir, pelajar tingkatan dua SMK Pauh Jaya tidak sabar untuk memulakan pembelajaran di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di Gambang, Pahang sebaik sesi persekolahan bermula. Ku Nuwairah tidak sabar untuk memulakan pembelajaran di SSMP Pahang sebaik sesi persekolahan bermula.



“Saya akan mendaftarkan diri ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di Gambang, Pahang dan dilatih dalam pasukan bolasepak wanita bawah 15 tahun,” katanya.

Selain itu, semua pihak agensi kerajaan sentiasa bekerjasama dalam membuat persediaan demi keselamatan para pelajar yang bakal mulakan persekolahan secara bersemuka untuk sesi persekolahan 2021.

Anggota dari Balai Bomba dari Penyelamat (BBP) turut terlibat dalam kerja-kerja sanitasi dan infeksi di Sekolah Menengah (SM) Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di sini baru-baru ini dengan mendapat kerjasama penuh Jabatan Pendidikan Negeri.

-ii-