210 Keluarga di Batu Ferringhi Ceria Terima Sumbangan

Laporan/foto : Kuan Tatt Seng (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 210 buah keluarga golongan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada The Hope Branch Community di sekitar Batu Ferringhi.

Wakil The Hope Branch Community, Harith Iskandar, 54, berkata pertubuhan mereka merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil inisiatif untuk mengumpul dana dan memberi sumbangan kepada mereka yang telah terjejas.

“Sumbangan barangan keperluan asas bagi meringankan kehidupan seharian yang disampaikan kepada golongan seperti kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 di negeri Pulau Pinang.

Wakil The Hope Branch Community, Harith Iskandar,54, menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada sebuah keluarga yang mengalami kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19. Wakil The Hope Branch Community, Harith Iskandar, menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada sebuah keluarga yang mengalami kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19.



“Kami mendapati penduduk di sini yang menjalankan pekerjaan berasaskan industri pelancongan di Batu Ferringhi telah mengalami kehilangan pekerjaan,” katanya ketika menyerahkan sumbangan kepada komuniti setempat, di sini hari ini.

Menurut Harith, penerima terbabit ialah keluarga yang mengalami kesusahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac tahun lepas.

“Kebanyakan mereka adalah berasal dari kawasan pelancongan di sini dan merupakan antara pekerja yang terjejas sepanjang PKP lalu,” tambahnya.

Seorang suri rumah, Mageswary Muniandy, 35, berkata sumbangan ini membantu dia sekeluarga yang terhimpit akibat PKP sehingga hari ini.

Seorang suri rumah, Mageswary Muniandy berkata, sumbangan ini membantu dia sekeluarga yang terhimpit akibat PKP sehingga hari ini. Mageswary bersyukur sumbangan ini membantu dia sekeluarga.



Bagi Yeoh Giak Cheng, 44, bantuan ini sangat bermakna dalam keadaan sekarang dan bersyukur kepada The Hope Branch Community yang membantu meringankan beban keluarga pada masa sekarang.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga saya,” ujarnya.

Pengerusi Better Tanjung Bunga, Hng Chee Wey menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil keluarga, Yeoh Giak Cheng untuk membantu meringankan beban keluarganya. Hng Chee Wey (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Giak Cheng untuk membantu meringankan beban keluarganya.



Turut hadir bersama dalam menjayakan misi ini ialah Pengerusi Better Tanjung Bunga, Hng Chee Wey dan pemimpin tempatan.

-ii-