30 Masjid di Sik Terima Sumbangan Ihya Ramadan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Basyar Abdullah (Sik)

SIK, 5 April (Malaysiaaktif) - Sebanyak 30 buah masjid di seluruh daerah sini menerima sumbangan Ihya Ramadhanbagi mengimarahkan program sepanjang bulan Ramadan yang bakal disambut minggu depan.

Menteri Besarnya Muhammad Sanusi Md Nor, menyampaikan sumbangan tersebut sempena Pelancaran Program Ihya Ramadan Peringkat Daerah Sik.

"Saya ingin mengingatkan sempena dengan Ramadan tahun ini, kita perlu menjaga perpaduan dan kesepakatan antara anak-anak kariah dan marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan majlis ilmu supaya seluruh masjid di Kedah disuburkan dengan majlis ilmu.

“Kerajaan negeri Kedah turut memperuntukkan sebanyak RM2.1 juta untuk diagihkan kepada guru al-Quran sempena Ramadan tahun ini sebagai tanda menghargai khidmat dan bakti mereka kepada masyarakat," katanya ketika menyerahkan sumbangan di Masjid Al-Muhtadin, di sini, semalam.

 Sanusi menyampaikan sumbangan sebanyak RM1000 bagi melaksanakan Program Istiqbal dan Ihya Ramadhan tahun ini. Sanusi menyampaikan sumbangan sebanyak RM1000 bagi melaksanakan Program Istiqbal dan Ihya Ramadan tahun ini.



Menurut Sanusi, sumbangan itu akan disampaikan menerusi 578 buah masjid di negeri ini membabitkan kira-kira 150 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Sebagai tanda ingatan, kerajaan negeri menyediakan sumbangan berupa wang tunai bernilai RM200 dan barangan keperluan bernilai RM50 bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang memberi khidmat kepada masyarakat secara sukarela.

"Pemberian sumbangan ini telah menjadi tradisi kerajaan negeri sejak 2008 di mana bidan kampung serta tukang mandi jenazah turut disenaraikan sebagai penerima bantuan.

“Tahun lepas tidak ada bantuan berikutan penularan pandemik COVID -19, namun kita teruskan tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka," katanya.

~ RJ~