Pembelajaran Sepanjang Hayat di KKKB Berkesan

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) di sini, diiktiraf sebagai ‘Approved Centre’ oleh Institut Industri Bermotor (IMI) United Kingdom yang menfokuskan kepada bidang tujahan dengan menawarkan Pensijilan Profesional Hybrid dan Elektrik Tahap 1 hingga 3.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman, berkata, bermula dari tahun 2014 sehingga tahun 2020, kursus pensijilan professional ini berjaya menarik 927 penyertaan dari dalam dan luar negara antaranya Singapura, Fiji, Bangladesh, Romania, Mauritius dan United Kingdom.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor membuat lawatan ke pameran, antaranya pameran JaPen setelah mengumumkan penawaran Pensijilan Profesional IMI Level 4. Mansor (kanan) membuat lawatan ke pameran, antaranya pameran JaPen setelah mengumumkan penawaran Pensijilan Profesional IMI Level 4.



“Hari ini kesediaan penawaran kursus pendek bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah melibatkan Pensijilan Profesional Institute of the Motor Industry (IMI) Level 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB).

“Dengan sumbangan sebuah kereta elektrik kepada KKKB oleh pihak industri, MILI Auto & Hybrid Service Sdn. Bhd, maka persijilan Tahap 4 telah ada dalam perancangan dan dijangka mula ditawarkan pada suku ketiga tahun 2021,” katanya ketika mengumumkan kesediaan penawaran Pensijilan Profesional IMI Level 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas, di sini semalam.

Pengurus Besar MILI Auto & Hybrid Servis Sdn Bhd, Mohd Farid Abdul Manaf adalah Alumni PSH KKKB dan juga Penerima Anugerah Ikon PSH tahun ini. Pengurus Besar MILI Auto & Hybrid Servis Sdn Bhd, Mohd Farid Abdul Manaf adalah Alumni PSH KKKB dan juga Penerima Anugerah Ikon PSH tahun ini.



Mansor menambah, penawaran ini merupakan tahap tertinggi dan satu-satunya kursus Tahap 4 yang ditawarkan di luar dari United Kingdom dan Northern Ireland dan dijangka akan dapat menarik minat ramai lagi pemain industri automotif dalam dan luar negara bagi mengikuti Tahap 4 di KKKB.

“Pensijilan dari sebuah institusi bertaraf dunia ini merupakan satu pengiktirafan kepada kompetensi pensyarah automotif KKKB dalam memberi latihan kepada para peserta kursus dalam bidang hybrid dan elektrik.

“Seramai tiga orang tenaga pengajar dari Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik, KKKB telah mengikuti kursus pensijilan IMI Tahap 4 di Farnborough, United Kingdom pada bulan Oktober 2019 sebagai persediaan bagi penawaran pensijilan tahap 4 ini di Malaysia,” jelas beliau.

Mansor berpeluang memandu kereta elektrik yang disumbangkan oleh pihak MILI Auto & Hybrid Servis Sdn Bhd sebagai simbolik pengumuman penawaran kursus dalam majlis. Mansor berpeluang memandu kereta elektrik yang disumbangkan oleh pihak MILI Auto & Hybrid Servis Sdn Bhd sebagai simbolik pengumuman penawaran kursus dalam majlis.



Pada kesempatan ini, beliau diberi peluang memandu kereta elektrik yang disumbangkan oleh pihak MILI Auto & Hybrid Servis Sdn. Bhd. sebagai simbolik kepada pengumuman kesediaan penawaran kursus. Dalam pada itu, Mohd Farid Abdul Manaf, Pengurus Besar MILI Auto & Hybrid Servis Sdn. Bhd. yang juga merupakan Alumni PSH KKKB telah diberikan Anugerah Ikon PSH.

-ii-