Pusat Lestari Kota Kinabalu Dilancar

Laporan/foto: Jeanne J. Som/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 April (Malaysiaaktif) - Pusat Lestari Kota Kinabalu (PLKK) menawarkan perkhidmatan membaik pulih barangan rosak agar boleh diguna semula.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, selain menerima sumbangan barangan terpakai seperti pakaian, buku, barangan dapur, permainan kanak-kanak, beg dan kasut, program berterusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut menyediakan perkhidmatan seperti membaiki kasut, menjahit pakaian, baik pulih telefon, komputer dan barangan elektrik.

“PLKK ini dibuka pada setiap hari bermula 8 pagi hingga 5 petang bertujuan untuk menggalakkan elemen penggunaan semula di samping mengurangkan penjanaan sampah dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Barangan seperti botol kaca yang telah diproses dijadikan pasu memukau perhatian Noorliza (tiga kiri) sambil bertanyakan sesuatu kepada Jack (kanan). Barangan seperti botol kaca yang telah diproses dijadikan pasu memukau perhatian Noorliza (tiga kiri) sambil bertanyakan sesuatu kepada Jack (kanan).



“Pusat ini turut membeli barangan kitar semula dan membeli minyak masak terpakai pada hari Sabtu dan Ahad bermula 8 pagi hingga 2.00 petang," katanya ketika melancarkan pusat tersebut di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, di sini semalam.

Hadir sama pada melancarkan pelancaran tersebut Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Kejuruteraan DBKK Jack Lo dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon.

LANCAR...PLKK dilancarkan oleh Noorliza (tengah) sambil diperhatikan oleh Leong (kiri) dan Robert (kanan). LANCAR...PLKK dilancarkan oleh Noorliza (tengah) sambil diperhatikan oleh Leong (kiri) dan Robert (kanan).



-RI