Van [email protected] Singgah Bantu Pendaftaran Vaksinasi COVID-19

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Alizan Sulong (Dungun)

DUNGUN, 7 April (Malaysiaaktif)- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid, mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen) kerana van [email protected] telah singgah membantu peserta program Malaysia Prihatin membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Program Malaysia Prihatin Peringkat Daerah Dungun di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun, di sini kelmarin.

"Kalau dahulu JaPen terkenal dengan wayang pacak namun sekarang dengan adanya van ini dapat memberi kemudahan dan memberi penerangan kepada masyarakat untuk membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19.

Datuk Rosol Wahid berpeluang mencuba kemudahan dalam van iM@JaPen dengan membuat hebahan Vaksin COVID-19. Datuk Rosol Wahid mencuba membuat hebahan dalam van [email protected]



"Ini merupakan satu inisiatif yang perlu disokong dan usahakan dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk JaPen tetapi untuk masyarakat di Negeri Terengganu," katanya.

Menurut Ketua Unit Sokongan Teknikal Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Tengku Abd. Halim Tengku Ayob, pada program ini terdapat dua van [email protected] dari ibu pejabat untuk membantu program Jelajah Malaysia Prihatin.

"Kenderaan ini adalah kenderaan khas yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi kakitangan Jabatan Penerangan," katanya.

Ketua Unit Sokongan Teknikal IbuPejabat Putrajaya, Tengku Abd. Halim Tengku Ayob berkata dua van iM@JaPen dari Ibu Pejabat untuk membantu program Jelajah Malaysia Prihatin. Dua buah van [email protected] dari Ibu Pejabat digunakan untuk membantu program Jelajah Malaysia Prihatin - Tengku Halim.



Tambah beliau, skop operasi penyediaan kenderaan khas berkenaan meliputi kemudahan ruang kerja petugas, akses internet, alat siar raya dan skrin serta sokongan alatan informasi untuk kemudahan petugas Jabatan Penerangan dan media.

“Ini secara langsung sebagai Pusat Media Bergerak yang meliputi Pusat Media Bencana, Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK), Pusat Media Acara Rasmi Kerajaan, Pusat Media Latih Amal,” katanya.

Petugas memasang kelengkapan bagi persediaan untuk program dijalankan. Petugas memasang kelengkapan bagi persediaan untuk program dijalankan.



Di samping itu, katanya, van [email protected] berperanan sebagai Pusat Hebahan Bergerak bagi program di lapangan seperti Info on Wheels (IoW) dan perucapan awam menggunakan alat siaraya dan visual.

“Van ini juga sebagai Pusat Pengedaran Bahan Penerbitan yang meliputi pameran bergerak, paparan infografik dan edaran bahan-bahan penerbitan dasar negara,” katanya lagi.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam van iM@JaPen. Antara kemudahan yang disediakan di dalam van [email protected]



Semasa lawatan ke Van [email protected], Rosol Wahid juga mengambil peluang membuat hebahan berkaitan vaksin COVID-19.

-ii-