200 JPKK, Persatuan Tempatan Semarakkan Program Malaysia Prihatin Dungun

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 8 April (Malaysiaaktif) - Seramai 200 jemputan terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Persatuan Penjaja Kecil Dungun, Usahanita Dungun, Kelab Persatuan Parlimen Dungun hadir ke Program Malaysia Prihatin peringkat daerah sini bagi mengambil maklumat usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan hidup rakyat terbela.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, berkata ramai pihak yang terkesan dalam masalah yang melanda negara dan menjadi tanggungjawab bersama sebagai ahli masyarakat serta warganegara untuk bersama-sama memastikan negara harmoni, sejahtera dan aman.

"Program ini bertujuan memberi penerangan mengenai inisiatif kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 serta langkah-langkah pemulihan ekonomi negara yang diambil kerajaan bagi memastikan aspek kesihatan dan kelangsungan hidup dapat diseimbangkan.

Jemputan yang hadir ke Program Malaysia Prihatin Peringkat Daerah Dungun. Jemputan yang hadir ke Program Malaysia Prihatin Peringkat Daerah Dungun.



"Mereka yang hadir boleh memaklumkan kepada masyarakat di luar sana tentang manfaat program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan dalam masa yang sama sektor ekonomi dapat digerakkan serta masalah COVID-19 dapat diatasi," katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun, di sini baru-baru ini.

Mohd Sulaimi Yahya, 40, meluahkan rasa gembira kerana maklumat yang disampaikan dalam ceramah yang disediakan oleh pihak penganjur amat berguna dan banyak maklumat baharu diperolehi pada program tersebut.

Mohd Sulaimi Yahya, 40 berkata banyak maklumat yang diperolehi daripada program tersebut. Mohd Sulaimi Yahya, 40 berkata banyak maklumat yang diperolehi daripada program tersebut.



"Banyak maklumat saya perolehi daripada program ini dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan pelbagai kemudahan bagi peniaga dan pelbagai insentif disediakan dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya.

Manakala, Noor Aisyah Mat Jusoh, 44 pula menyeru kepada individu yang masih belum membuat pendaftaran vaksinasi agar membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera kerana mudah dan cepat.

"Saya berasa teruja dan kagum dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur khasnya van [email protected]," katanya selepas membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19 di fasiliti tersebut.

Program sehari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah oleh wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan taklimat penggunaan oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Wan Hapandi Wan Nik, Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Ahmad Ammar Othman dan Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.

-ii-