TKM 1 Pulau Pinang Hadiri Majlis Iftar Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Timur Laut)

BAYAN LEPAS, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, menghadiri Majlis Iftar anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, bersama-sama dengan seramai 150 tetamu.

TKM 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada komuniti kerana bersama-sama mengharungi keadaan sukar semasa pendemik COVID -19.

Ucapan Perasmian oleh TKM 1 Pulau Pinang. Ucapan Perasmian oleh TKM 1 Pulau Pinang.



“Amalan bersedekah perlu diperbanyakkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan bagi sama-sama meraikan bulan ramadan yang mulia ini.

“Majlis Iftar hari ini telah menghimpunkan sebanyak 59 buah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pelbagai agensi kerajaan di Daerah Barat Daya,” katanya sempena program tersebut di Kompleks Tabung Haji, di sini baru-baru ini.

Pegawai Daerah dan Tanah Barat Daya Hafiz Aswad, berkata tujuan majlis tersebut diadakan adalah kerana bagi menghargai jasa dan sumbangan komuniti serta agensi kerajaan di daerah Barat Daya.

“Jasa MPKK adalah dihargai dalam membantu pihak kami menjayakan program-program di daerah yang melibatkan komuniti setempat serta bersama-sama berganding bahu mengharungi pendemik COVID-19.

Petugas PMR Barat Daya sedang membantu pendaftaran Vaksin. Petugas PMR Barat Daya sedang membantu pendaftaran Vaksin.



“Peranan komuniti dan agensi adalah sangat besar dan penting pada ketika ini pula dengan pendaftaran Imunisasi Kebangsaan Vaksinasi COVID-19 dalam membantu kerajaan menyakinkan orang ramai mengenai pengambilan vaksin tersebut,” katanya.

-ii-