Kacau Dodol Eratkan Hubungan Antara Komuniti Setempat

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Jasin mengadakan Program [email protected] Parlimen Jasin dengan kerjasama Japerun Rim dengan pelbagai aktiviti dalam usaha menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ghazale Mohamad, berkata dengan adanya program memasak bubur lambuk dan kacau dodol ini, sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti.

"Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tidak boleh dilakukan dengan hanya seorang sahaja tetapi jika dilakukan secara beramai-ramai kerja akan menjadi lebih mudah dan seterusnya kerja itu akan siap dengan lebih cepat.

"Sebagai contoh dalam program yang kita jalankan hari ini, memasak bubur lambuk dilakukan oleh kaum wanita manakala mengacau dodol dilakukan oleh kaum lelaki, walaupun penat dan letih tetapi apabila dilakukan secara beramai-ramai menjadi lebih seronok," katanya yang ditemui sempena program tersebut di Kompleks Japerun Rim, di sini kelmarin.

Aktiviti mengacau dodol. Aktiviti mengacau dodol.



Dalam program ini, sebanyak dua periuk bubur lambuk dimasak dan lima kawah dodol gula melaka dimasak oleh pemuda dan komuniti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim.

Bubur Lambuk yang dimasak oleh kaum wanita secara bergotong-royong. Bubur Lambuk yang dimasak oleh kaum wanita secara bergotong-royong.



Program yang berlangsung selama satu hari ini tidak melibatkan ramai orang dan masih mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelakkn jangkitan COVID-19.

-FF-