5,671 Kes Baharu, Selangor Tertinggi

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Jun (Malaysiaaktif) - Sejumlah 5,671 kes baharu COVID-19 direkod semalam, menurun berbanding 6,239 kes yang dicatatkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes diikuti Kuala Lumpur (769); Sarawak (631); Negeri Sembilan (593); Johor (524); Kedah (309); Kelantan (262) dan Sabah (233).

Selain itu, Melaka merekodkan 184 kes; Pulau Pinang (166); Perak (143); Pahang (112); Terengganu (108); Labuan (106); Putrajaya (18); dan Perlis (tiga).

-- BERNAMA