Mangsa Kebakaran Kampung Rancha-Rancha Laut Terima Bantuan MAIWP

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Sembilan keluarga mangsa musibah kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Kampung Rancha-Rancha Laut menerima bantuan tunai melalui Skim Bantuan Musibah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Menurut satu kenyataan yang MAIWP Labuan, setiap keluarga menerima bantuan tunai RM2,000 hingga RM3,000 dengan jumlah keseluruhan RM18,750.00.

“MAIWP juga menawarkan bantuan sewa rumah bulanan kepada mangsa yang berkeperluan agar keluarga mangsa mempunyai tempat berteduh yang selesa.

Md. Fadzli (dua dari kanan) menyampaikan bantuan susu formula dan lampin pakai buang kepada Suriani Yussop. Md. Fadzli (dua dari kanan) menyampaikan bantuan susu formula dan lampin pakai buang kepada Suriani Yussop.



“Objektif bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan beban mangsa yang terlibat selain boleh digunakan untuk membuat pembaikan sementara bagi rumah yang mengalami kerosakan yang minimum,” menurut kenyataan tersebut.

Simbolik serahan bantuan disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan Md. Fadzli Md. Saad kepada salah seorang mangsa kebakaran di kampung tersebut, semalam.

Sementara itu, prihatin dengan golongan yang terjejas dan tidak berkemampuan akibat pandemik COVID-19 yang melanda, MAIWP Labuan turut mengambil inisiatif menghulurkan bantuan berbentuk lampin pakai buang dan susu formula bayi bernilai RM20,000.

IMG-20210717-WA0034

“Bantuan disalurkan melalui Pengurusan Kawasan Rukun Tetangga W.P. Labuan yang mewakili lima sub zon, walau bagaimanapun kesemua barangan bantuan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi yang mengetuai Kluster Kebajikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Labuan dan agihan akan dibuat berdasarkan permohonan yang diterima dan permohonan boleh dibuat melalui Bilik Gerakan JKM.

-RI