TSI Komited Bangunkan Modal Insan Rakyat Negeri

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – The Sarawak Iniatiatives (TSI) menyahut seruan dalam menjayakan initiatif kerajaan negeri dalam membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan yang berdaya saing di peringkat global.

Pengerusinya Datuk John Tenewi, memaklumkan TSI akan menganjurkan beberapa Siri Program Kepimpinan TSI 2021 bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Menjelang 2030, Sarawak akan mempunyai tenaga kerja yang tangkas untuk mendorong visi negeri ini dan unggul di peringkat global, maka kami mengambil inisitif ini bagi memperkasakan penguasaan maklumat dalam kalangan rakyat menerusi beberapa siri webinar yang dijalankan.

“Seramai 150 peserta terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan korporat, syarikat swasta dan pengamal undang-undang menyertai webinar “Demokrasi dan Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia” yang telah diadakan baru-baru ini.

“TSI turut menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar Negara dan penceramah yang dijemput merupakan pakar dalam bidang masing-masing,” katanya ketika dihubungi di pejabatnya, di sini kelmarin.

Diana Octavia peserta program kepimpinan "Democracy and Rule of Law in Malaysia". Diana Octavia peserta program kepimpinan "Democracy and Rule of Law in Malaysia".



Peserta webinar Diana Octavia, 40, menjelaskan initiatif TSI menganjurkan program kepimpinan seumpama ini mampu menyemai semangat patriotik dalam diri.

“Melalui program kepimpinan ini, saya berpeluang mempelajari sejarah, fakta-fakta penting, tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

“Malah ianya memberi anjakan paradigma pada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang penuh dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

-ZS-