Skip to main content
Berita TempatanLabuan

285 Liter Diesel Disimpan Tanpa Permit Disita

By 5 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/ KPDN Labuan

LABUAN, 9 Jun (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menyita 285 liter diesel dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM612.75 selepas membongkar kegiatan penyimpanan diesel tanpa permit, di sebuah stor di kawasan Patau-Patau di sini semalam.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu dijalankan menerusi kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan.

“Kesemua minyak diesel dalam 19 buah gelen itu disimpan tanpa permit sah oleh Pengawal Bekalan Malaysia. Ia disita untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] telah diambil terhadap seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun yang juga pemilik stor berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan dan penyalahgunaan subsidi bagi membantu usaha membanteras ketirisan subsidi serta melindungi kepentingan rakyat dan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda