Skip to main content

Laporan/foto: Farah Shaherza/Sharifah Nurul (Kuantan)

KUANTAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Eksesais Jungle Falcon julung kali diadakan di Malaysia melibatkan atur gerak anggota infantri bersama aset-aset Kenderaan Berperisai Tempur dan latihan bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan UAELF.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan demostrasi akhir dan majlis penutup Eksesais Jungle Falcon Siri 1/2023 antara TDM dan  United Arab Emirates Land Forces (UAELF), di sini kelmarin.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Menteri Pertahanan Malaysia dan juga kepada Panglima Tentera khususnya 4 Briged Mekanize di atas kejayaan mengajurkan eksesais ini dan menjadi hos yang amat membanggakan kepada tentera darat – UAE.

“Saya berharap latihan ini memberikan satu kenangan yang boleh kita bangga di atas pelaksanaan yang cukup baik walaupun eksesais ini dilakukan di dalam ladang kelapa sawit bukannya dalam hutan seperti biasa kita bertempur suatu ketika dahulu,” titah baginda.

Meurut baginda lagi, eksesais bilateral teersebut merupakan satu kejayaan Tentera Darat Malaysia dalam merealisasikan persefahaman kententeraan antara puncuk pimpinan TDM bersama UAELF.

-ZS-