Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kedah Bantu Bina Rumah Mangsa Banjir Baling

By 4 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Rasidi Che Sa (Baling)

BALING, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri akan membina 12 buah rumah yang berharga sekitar RM75 ribu sebuah bagi menggantikan rumah yang rosak keseluruhan dan tidak dapat diduduki untuk mangsa bencana banjir Kampung Iboi di sini.

Rumah yang bakal dibina di tanah seluas 2.1 ekar tersebut dijangkakan siap dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh serahan tapak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Negeri telah sedaya upaya membantu memulihkan kehidupan mangsa-mangsa banjir dan berharap usaha tersebut dapat meringankan beban mereka terlibat.

“Pembiayaan pembinaan rumah ini turut disumbangkan oleh pelbagai pihak seperti kerajaan negeri, syarikat swasta dan orang awam melalui platform KedahCare,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Rumah Mangsa Banjir Tragedi Kepala Air Lata Celak Kampung Iboi di Desa KEDA Kampung Sadek, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda