Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kelantan Bakal Nikmati Fasiliti Riadah Yang Lebih Lengkap

By 1 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Hasniza Hassan (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 1 April (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam membangunkan persekitaran dan infrastruktur yang lebih lengkap, akan dibangunkan beberapa fasiliti untuk orang ramai beriadah di negeri ini.

“Fasiliti seperti ini dilihat mampu memberi manfaat kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti sihat bersama keluarga,” katanya semasa merasmikan program Wacana Suara Akar Umbi Rakan IT/Anak Muda dan Warga Komuniti 1Malaysia (K1M) di sebuah hotel, di sini semalam.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir sempena program Wacana Suara Akar Umbi Rakan IT/Anak Muda dan Warga Komuniti 1Malaysia (K1M).

Sebahagian daripada tetamu yang hadir sempena program Wacana Suara Akar Umbi Rakan IT/Anak Muda dan Warga Komuniti 1Malaysia (K1M).

Menurut Ahli Parlimen Belia Malaysia Kelantan, Muhammad Danial Khaleq Mohd Dali, beberapa daerah di negeri ini berpotensi menjadi kawasan pelancongan sekiranya dibangunkan dengan sebaiknya.

“Daerah-daerah seperti Jeli, Rantau Panjang dan Tumpat berpotensi menjadi kawasan pelancongan kerana boleh dikatakan setiap hujung minggu tempat ini menjadi tumpuan orang ramai mengadakan aktiviti termasuk program belia, membeli belah, beriadah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, ahli K1M Chekeli, Darus Seman, berkata program ini membuka minda serta membina pandangan dan buah fikiran bagi membangunkan negeri ini seiring pembangunan semasa.

“Prasarana pembangunan dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih baik dengan adanya pentadbiran dan kewangan yang lebih baik dan kukuh berbanding dengan apa yang sedia ada di Kelantan hari ini,” ujarnya.

Pengerusi K1M Tok Derpah, Pasir Mas, Derosid Dollah, berkata program wacana seperti ini perlu bagi membuka minda dan merapatkan hubungan ahli-ahli K1M di sini.

“Ahli-ahli juga akan lebih memahami dasar-dasar Kerajaan Persekutuan hari ini yang hanya akan memberi kebaikan dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia,” ujar Derosid.

Seramai kira-kira 700 orang peserta terdiri daripada belia menghadiri program anjuran bersama ahli K1M dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan ini.

-SH

Tinggalkan komen anda