Skip to main content
EkonomiGlobalViral

Lelaki Dari Ipoh Tinggal Di Pusat Beli-Belah Empat Tahun

By 17 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

SINGAPURA, 17 Jan — Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa tinggal di pusat membeli-belah Jurong Point selama hampir empat tahun, menggunakan bekalan air, elektrik dan Wi-Fi di sana.

Chen Jinfu, yang bekerja di sebuah kilang elektronik menjadikan ‘rumahnya’ di luar pusat membeli-belah, laluan pejalan kaki atau tangga di sana, lapor Lianhe Wanbao pada Isnin.

Chen yang berasal dari Ipoh bekerja di Singapura selama lebih 10 tahun dan memperoleh pendapatan bulan lebih S$1,000 (RM3,139).

Wanbao melawat pusat membeli-belah di Jurong West dan menjumpainya duduk beralaskan surat khabar dan melihat telefon bimbitnya sambil minum air soya dan makan roti.

Chen memberitahu Wanbao dia menyewa sebuah bilik kongsi di Boon Lay tetapi mendapati bilik itu terlalu panas dan sempit.

Katanya dia lebih suka tinggal di Jurong Point kerana bilik berharga S$250 (RM785) itu tidak elok dan dia tak begitu rapat dengan penyewa lain.

Dia berkata, keadaan di Jurong Point lebih sejuk selain buka lewat dan mempunyai sebuah pasar raya 24 jam.

Malah dia juga boleh menggunakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma dan mengecas telefon bimbitnya di pusat membeli-belah itu.

Seorang jurucakap untuk Jurong Point memberitahu The Straits Times bahawa mereka membenarkan Chen tinggal di sana selagi dia tidak mencetuskan sebarang gangguan.

“Kami gembira kerana pengunjung menikmati kemudahan yang disediakan.

“Jika Chen Jinfu menggunakan kemudahan kami dengan cara yang baik tanpa menimbulkan gangguan atau ancaman kepada keselamatan di pusat membeli-belah itu, kami amat mengalu-alukannya sama seperti pengunjung yang lain,” katanya.

Chen mendakwa dia tidak pernah dihalau dan berkata dia turut melihat individu lain tinggal di pusat membeli-belah itu sama seperti dilakukannya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/17/lelaki-ipoh-pusat-beli-belah/

Tinggalkan komen anda