Skip to main content
GlobalHomeViral

Google Derma $4 Juta Kepada Pelarian Kesan Tindakan Trump

By 31 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Foto: AP

 

AMERIKA SYARIKAT, 31 JAN — Dalam reaksi terbaharu berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyekat kemasukan pelarian ke negara itu, beberapa syarikat teknologi  global di negara itu telah mengeluarkan bantahan.

Arahan Eksekutif yang ditandatangani Trump pada Jumaat lalu turut menyekat pengeluaran visa selama tiga bulan bagi rakyat tujuh buah negara Islam, termasuk Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.

Kesan tindakan itu turut menjejaskan lebih 200 orang kakitangan Google.

3C9C076A00000578-0-image-a-1_1485782035904

Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai berkata syarikat itu akan menderma AS$2juta bagi membantu pelarian sebagai reaksi kepada tindakan Trump.

 

Menurut akhbar USA Today, susulan arahan Trump itu, pengasas bersama Google, Sergey Brin telah turun bersama rakyat Amerika untuk menyertai tunjuk perasaan membantah larangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Google turut menderma sebanyak AS$2 juta bagi membantu puak-puak pelarian dengan harapan kakitangan syarikat gergasi itu akan menyaingi sumbangan tersebut sebagai reaksi kepada larangan yang dikeluarkan oleh Trump.

Ini disahihkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sungar Pichai dalam satu memo kepada semua kakitangan syarikat berkenaan.

Pichai menyuarakan kebimbangan terhadap impak arahan tersebut dan sebarang cadangan selanjutnya yang boleh menyekat pergerakan kakitangan Google serta keluarga mereka dalam apa yang dilihat sebagai satu tindakan mengasaskan ‘benteng’ terhadap kemasukan tenaga kerja pakar ke Amerika Syarikat.

Selain Google, beberapa buah syarikat teknologi lain turut membantah larangan Trump itu.

Di Syarikat Apple, Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook berkata, “Apple tidak mungkin wujud tanpa sumbangan serta kepakaran tenaga pekerja asing, apatah lagi untuk berkembang pesat seperti sekarang.”

Untuk rekod, pengasas Syarikat Apple, mendiang Steve Jobs adalah anak kepada seorang pendatang dari Syria.

Ketua Pegawai Eksekutif  Netflix, Reed Hastings pula menyifatkan minggu pertama Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat amat menyedihkan kerana apa yang dilakukannya juga memberikan kesan kepada para pekerja Netflix di seluruh dunia. Beliau berkata tindakan Trump bukan mencerminkan budaya keterbukaan negara itu.

Oleh yang demikian, Hastings menyeru seluruh rakyat Amerika Syarikat supaya bersatu berdiri untuk melindungi dan mempertahankan nilai-nilai kebebasan di negara itu.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda