Skip to main content
HomeRencana & PendapatViral

KISAH ADIK THAQIF: Transformasi Institusi Pondok Negara

By 6 Mei 2017Tiada komen6 minit bacaan

 

Oleh Zaini Hassan

SEKOLAH Pondok, yang kini dikenali sebagai institusi pondok, satu masa dahulu berjaya melahirkan alim ulama negara. Ramai antaranya kemudian melanjutkan pelajaran ke rantau Arab dan bergelar sarjana dan ilmuwan Islam.

Kebanyakan mereka ke Mesir, Jordan, Mekah dan Madinah, mahu pun Yaman, Maghribi dan lain-lain.

Sekolah pondok cukup terkenal di alam Melayu ini lebih awal sebelum negara mencapai kemerdekaan. Institusi pondok merata-rata bertempat di Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang serta beberapa negeri lain.

Mengapa ia dikenali sebagai pondok ialah kerana penempatan sekolah itu berbentuk seperti pondok-pondok. Kawasan pondok itu pula biasanya merupakan tanah yang diwakafkan oleh orang perseorangan.

Nama pondok-pondok itu biasanya diwujudkan daripada nama tok-tok guru yang mengajar di situ.

Namun kini, ia bukan lagi digelar dengan nama pondok, tetapi diberi pelbagai nama seperti madrasah, markas, maahad atau sekolah tahfiz, atau juga diantarabangsakan dengan nama-nama berbunyi Inggeris.

Menjadi trend ibu bapa Melayu kini menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah itu. Banyak juga kes anak-anak yang dihantar itu adalah disebabkan masalah disiplin, pelajaran, gagal dikawal dan sebagainya.

Ada juga yang mahu lari daripada persekitaran yang agak liar, mahupun kesedaran ibu bapa yang mahu memberi pendidikan agama kepada anak-anak sebelum anak-anak itu menjejaki ke alam universiti.

Seorang rakan saya, misalnya menghantar anaknya ke sebuah maahad selama dua tahun setelah anaknya selesai SPM, sebelum memasuki ke universiti.

Anaknya itu kini ialah orang jurutera, dan sering dijemput mengimamkan solat raya setiap kali pulang ke kampungnya. Dia sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ph.D. di United Kingdom.

Anak-anak yang bergelar hafiz atau hafizah menjadi kebanggaan keluarga.

Kini ramai anak-anak yang bergelar tahfiz. Tetapi adalah mereka mendapat pengiktirafan? Adakah mereka layak  mendapat pengiktirafan tauliah tertentu seperti Dr, Ir, Sr dalam bidang profesional?

Adakah kerajaan boleh mencari jalan supaya institusi tahfiz ini dinaik taraf menjadi pusat yang boleh diiktiraf secara profesional dan lulusannya diberi gelaran?

Saya tidak pasti adakah kajian dijalankan ke mana akhirnya lulusan tahfiz ini pergi?

Jika sekolah tahfiz itu menyediakan juga aliran sekolah biasa, maka kanak-kanak itu bolehlah menduduki peperiksaan kebangsaan dan akhirnya memasuki ke dalam sistem kerajaan.  Tetapi bagaimana jika ia tidak disediakan?

Akhirnya mereka ini akan hanya diupah menjadi imam di bulan Ramadan atau  menjadi ustaz semata-mata? Jika nasib baik, mereka akan menjadi penceramah agama berstatus selebriti seperti Ustaz Azhar Idrus?

Adakah kerajaan berupaya mengawal selia ke semua sekolah-sekolah tahfiz, terutamanya yang diuruskan oleh pihak persendirian?

Oleh itu kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan:

  1. Oleh kerana trend ibu bapa cenderung menghantar anak mendapatkan pendidikan tahfiz dan agama, jadikan sekolah-sekolah agama kerajaan sebagai sekolah agama ulul albab – ala MRSM Ulul Albab, yang terbukti berjaya melahirkan insan seimbang.
  2. Memantau sekolah-sekolah pondok persendirian oleh kerajaan dari segi kurikulum dan pendidikan (sistem nazir), keselamatan (pemeriksaan berkala bomba dan PBT), kebersihan (Jabatan Kesihatan dan PBT) dan sebagainya.

Ia harus dipantau secara profesional dan bertaraf negara maju. Bukan secara ala-kadar.

  1. Mana-mana sekolah tahfiz yang menggerakkan murid-muridnya mengutip derma dan menjual ubat-ubat atas nama menderma kepada sekolah-sekolah mereka harus diambil tindakan.

Jika itu berlaku bermakna sekolah itu adalah sekolah bermasalah.

Setakat ini, tiada tindakan dan pemantauan yang konkrit diambil bagi menghentikannya. Rujuk butiran 2 di atas.

  1. Sistem penguatkuasaan nazir-nazir sekolah di bawah kerajaan harus dibentuk bagi memantau sekolah-sekolah seumpama ini berada dalam standard yang tinggi.
  2. Ada program agar para pelajar didedahkan dengan alam pendidikan yang lebih terbuka, melawat ke MRSM Ulul Albab, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berjaya melahirkan doktor-doktor perubatan dan bidang-bidang lain bertahfiz al-Quran, UIAM sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dengan pelajarnya terdiri daripada pelajar seluruh dunia.

Ia bagi mendedahkan murid-murid tahfiz ke dalam alam selain daripada persekitaran mereka.

Akhir sekali, kita kena mengambil iktibar kepada tragedi yang menimpa Thaqif. Anak ini telah kembali menemui penciptanya pada petang 26 April 2017.

Rentetan kisah adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFFI

dia didakwa telah disebat oleh pembantu warden di pusat tahfiznya sehingga menyebabkan beliau kehilangan kakinya.

Adakah itu caranya untuk mengajar anak-anak di sekolah tahfiz?

Ini petikan daripada FB ibu Dayang Thaqifah, ibu kepada Thaqif.

Allah….berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu……kuat yea sayang…setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu….hanya kpdmu saja kami berserah…ya Allah…

Mohon rakan2  fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi…sedar dari koma dan sihat seperti sediakala…

Hari Ke2 – 20 April 2017

Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil…buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 – 21 April 2017

Keadaan makin worst…keadaan otot2 kaki sudah mati… pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya…that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Mohon doa rakan2…agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ya Allah…kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku…berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah… aamiin

Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya….

Hari ke3  – 22 April 2017

Semalam lps potong kaki… tangan kanan dh mula bengkak dan  kehitaman…Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran…utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sgt cepat….Sya dh redha apa jua ketentuan Allah….

Hari ke 4 – 22 April 2017

Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya….lebih baik dari semalam… selepas proses dialisis…muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation…

Alhamdulillah.. Alhamdulillah…syukur….terima kasih ya Allah… kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif …

Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya…

Harapan saya…agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal… Amin …

Hari ke 6 – 24 April 2017

Thaqif masih ditidokn…hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu.  Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn….buah pinggang nampaknya ada progress…moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh… Allahuakbar….

Hari ke 7 – 25 April 2017

Alhamdullillah pagi ini,  DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah  berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif… semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya…

Tegok muka Thaqif nampak sihat…cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya  makin kecut….Ya Allah …berilah keajaiban utknya…

Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon… hati mama makin pilu….camnelah Abg nk hadap…bila abg sedar nanti…. Allahuakbar…kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku…

Thaqif demam… suhu semakin meningkat… tangan kanan…..otot-otot dh mati… doktor tggu sehingga jam 8 malam ni… pemantauan setiap jam…sekiranya tiada perubahan jua… terpaksalh memilih pilihan terakhir….

Allahuakbar…. Allahuakbar… Allahuakbar

Ya Allah… Engkaulh Maha Penyembuh….berilah kesembuhan buat anaku…. kurniakanlah kekuatan buat diriku… aamiin… aamiin… aamiin ya rabbal alamiin…

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar … berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan… moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

Hari ke 8 – 26 April 2017

Assalamualaikum…wbt..

Doakan yang terbaik buat Thaqif… operation tangan tak jadi… keadaannya tak stabil. Semakin tenat.

Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini… insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..

Sedekah alfatihah untuk Thaqif

Berakhirnya sebuah episod duka dan menggemparkan negara.

Al-Fatihah…

 

http://cuitzainihassan.com/wordpress/index.php/2017/05/06/kisah-adik-thaqif-transformasi-institusi-pondok-negara/

Tinggalkan komen anda