Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kenaikan Kadar Surcaj Air Belum Muktamad – SPAN

By 21 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: S.Shanmuganathan (George Town)

GEORGE TOWN, 21 Julai (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih belum membuat keputusan berkenaan kenaikan kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) yang diusulkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng, kenaikan kadar SPA perlu diselarikan dengan kenaikan tarif air.

Katanya, SPAN masih menunggu laporan lengkap daripada kerajaan negeri berkaitan rasional kenaikan tarif air di Pulau Pinang.

Tambah Teck Meng, kerajaan negeri juga perlu mendapatkan maklum balas daripada rakyat berhubung cadangan itu terlebih dahulu.

Jelasnya, sesi pendengaran awam membabitkan rakyat di Pulau Pinang ini adalah perlu bagi mengenal pasti persetujuan penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Batu Ferringhi, di sini semalam.

WhatsApp Image 2017-07-20 at 4.29.10 PM

Dalam pada itu, mengulas mengenai projek menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Batu Feringgi, Teck Meng memberitahu bahawa SPAN dan Indah Water Konsortium dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sisa kumbahan bagi menjamin pembangunan yang mampan dan kelestarian alam sekitar.

Jelasnya, projek di bawah dana Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan ini adalah bertujuan untuk menampung aliran air kumbahan yang semakin meningkat ekoran pembangunan pesat dan tiada pelepasan sisa kumbahan secara terus ke sungai dan laut.

Loji Rawatan Kumbahan Batu Feringgi yang berkeluasan 11,058 meter persegi ini, merupakan loji rawatan kumbahan berpusat yang menerima aliran kumbahan dari kawasan perumahan, pusat komersial, perhotelan dan pelancongan di sekitar Batu Ferringhi.

WhatsApp Image 2017-07-20 at 4.29.09 PM

Penduduk setempat, C.Sujatha, 42, berharap pencemaran air di pantai dan sungai Batu Ferringhi tidak akan berulang lagi.

Berkongsi pendapat yang sama, Mohd Daniel Muhammad, 55, berharap kebersihan san pencemaran air Batu Feringhi dapat dikurangkan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridzuan Ismail dan Pengerusi Indah water Konsortium, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

– AH

Tinggalkan komen anda