Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangPutrajayaWilayah Persekutuan

Kadet Polis SMK Bandar Puteri Jaya Sambut KMN 2017 Bergaya

By 22 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Diyana Zamri / Foto: Irwan Shah (Putrajaya)
KEPALA BATAS, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pasukan kawad kaki Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani memberikan persembahan penuh bertenaga pada sambutan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 di Komuniti 1Malaysia Permatang Manggis, di sini, petang tadi.

Menurut guru pengiring, Mariatun Abdul Rahim, 50, mereka membuat persiapan termasuk formasi untuk peringkat kebangsaan dan sambutan konvoi KMN 2017 ini tidak sampai dua minggu.

Dari kiri: Norbaizura Muniran, Mariatun Abdul Rahim dan seorang lagi guru pengiring Kadet Polis SMK Bandar Puteri Jaya.

Dari kiri: Norbaizura Muniran, Mariatun Abdul Rahim dan seorang lagi guru pengiring Kadet Polis SMK Bandar Puteri Jaya.

Manakala, seorang lagi guru pengiring, Norbaizura Muniran, 32, berkata pasukan kadet polis sekolahnya merupakan pelopor perang gempur hakka.

“Tadi mereka ada buat. Kalau tidak, mereka boleh buat banyak lagi tapi masa tidak mencukupi untuk membuat latihan,” jelasnya merujuk kepada formasi yang mencuri perhatian pengunjung tadi.

IMG_4342

Dalam kesuntukkan masa persiapan, pasukan kadet polis ini telah membuat formasi kemerdekaan khas bagi Sambutan Konvoi KMN 2017 hari ini.

Ketua Platun Kadet Polis SMK Bandar Puteri Jaya, Muhamad Khuzairi As-Syakirin Ibrahim

Ketua Platun Kadet Polis SMK Bandar Puteri Jaya, Muhamad Khuzairi As-Syakirin Ibrahim

Menurut Ketua Platunnya, Muhamad Khuzairi As-Syakirin Ibrahim, 16, mereka berlatih setiap hari untuk mempersiapkan diri bagi pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan yang baru sahaja berlangsung Ahad lalu.

“Saya memang meminati kawad kaki. Dah lama saya sertai, sejak dari Darjah 5 lagi. Dulu saya bermula dengan Kadet Remaja Sekolah (KRS), kini saya dengan Kadet Polis,” ujarnya yang merupakan kadet terbaik semasa perkhemahan kadet polis peringkat daerah baru-baru ini.

Persembahan sayembara puisi oleh Siti Umairah Md Subki

Persembahan sayembara puisi oleh Siti Umairah Md Subki

Dalam pada itu, bercakap mengenai semangat patriotisme dalam kalangan belia di sini, Norbaizura berkata penghayatan itu masih ada kerana mereka berlatih sendiri untuk persembahan sajak dan juga hakka tadi, sekaligus menampakkan semangat mereka untuk menyertai konvoi kemerdekaan ini.

Manakala, Mariatun menambah, pihak sekolah dan keluarga turut memainkan penting bagi menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan belia.

IMG_4332

Selain kawad kaki, pelbagai persembahan lain turut diadakan seperti Seni Silat Gayung Patani dan sayembara puisi oleh Siti Umairah Md Subki yang merupakan johan Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka Daerah Seberang Perai Utara.

KMN 2017 ini melibatkan seramai 107 peserta dengan 17 buah kenderaan dari Jabatan Penerangan Malaysia, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta 30 buah motosikal berkuasa besar dari ST1300 MMC.

Tinggalkan komen anda