Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangPutrajayaWilayah Persekutuan

Tidak Mustahil Dijajah Lagi Jika Tidak Jaga Kedaulatan Negara

By 22 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Diyana Zamri / Foto: Irwan Shah (Putrajaya)
KEPALA BATAS, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – “Walaupun negara Malaysia telah merdeka, tidak mustahil boleh dijajah lagi sekiranya rakyat Malaysia sendiri tidak menjaga kedaulatan negara.”

Demikian tegas ADUN Kawasan Bertam, Shariful Azhar Othman ketika berucap merasmikan majlis sambutan konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 di Komuniti 1Malaysia Permatang Manggis, di sini, petang tadi.

ADUN Kawasan Bertam, Shariful Azhar Othman

ADUN Kawasan Bertam, Shariful Azhar Othman

“Ada yang berkata pelajar dan masyarakat pada hari ini berada dalam keadaan yang cukup selesa, cukup senang sampai merasakan kemerdekaan yang kita capai suatu masa dahulu adalah sesuatu yang tidak perlu diingati lagi.

“Sebab negara akan terus merdeka. Sekali merdeka akan terus merdeka. Jadi kita tidak perlu lagi ingati hari kemerdekaan. Ini adalah pandangan yang salah.

“Mana-mana negara yang berperang pada hari ini, jika kita tengok di Timur Tengah contohnya, ini juga merupakan negara-negara yang pernah merdeka suatu ketika dahulu. Tetapi hari ini dijajah semula.

IMG_4336

“Sebab itu, betapa pentingnya kita mendaulatkan bendera kita pada hari kemerdekaan. Tanpa bendera, jika kita sendiri tidak menghormati bendera kita, kita sendiri tidak mengerti hari kemerdekaan kita, takkan kita nak mengharapkan orang lain menghormati dan mengingati kemerdekaan kita.

Tambahnya, negara yang merdeka mempunyai kedaulatannya sendiri.

“Kita tidak mengizinkan sesiapapun masuk ke negara kita, menjadi tuan di negara kita. Sebab tuan di negara kita hari ini adalah kita rakyat Malaysia.

Jalur Gemilang yang dibuat menggunakan roti jala.

Jalur Gemilang yang dibuat menggunakan roti jala.

“Sebab itulah, hari ini kita cuba untuk menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak kita.

“Anak-anak kita perlu diajar bahawa kemerdekaan ini bukan hak mutlak tetapi apabila kita telah mencapai kemerdekaan kita kena jaga kemerdekaan kerana itu adalah kedaulatan negara,” tegasnya.

ADUN Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad menandatangani buku KMN 2017 sambil diperhatikan oleh Ketua Konvoi, Ariah Judah (kanan)

ADUN Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad menandatangani buku KMN 2017 sambil diperhatikan oleh Ketua Konvoi, Ariah Judah (kanan)

Sebelum tiba di lokasi ke-25 ini, konvoi KMN 2017 yang diketuai oleh Ariah Judah melintasi sempadan negeri Kedah ke Pulau Pinang melalui Jambatan Merdeka dan disambut oleh ADUN Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad.

Tinggalkan komen anda