Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangPutrajayaWilayah Persekutuan

Konvoi Merdeka Lokasi Ke-26 Bangkit Semangat Patriotisme

By 23 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan oleh: Diyana Zamri / Foto: Farhan Abdullah & Irwan Shah (Putrajaya)

JURU, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan konvoi Kembara Negaraku (KMN) 2017 semalam yang memasuki hari kesepuluh penganjurannya terus meriah di lokasi ke-26, Rehat dan Rawat (R&R) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum, ada yang datang berdua, berkumpulan, dan berkeluarga turut sama memeriahkan sambutan dalam satu himpunan menunjukkan kesepaduan dan semangat patriostisme.

Kazali Hashim (berbaju bendera) bersama ahli Komuniti Sehati Sejiwa.

Kazali Hashim (berbaju bendera) bersama ahli Komuniti Sehati Sejiwa.

Seorang pengunjung yang ditemui, Kazali Hashim, 48, berasal dari Kepala Batas berkata setiap tahun dia menyertai konvoi seperti ini sejak dari tahun 2001 lagi.

“Sambutan tahun ini sangat meriah, saya banyak buat aktiviti konvoi di merata tempat. Sekarang ini, saya tunggu sambutan pada 31 Ogos dan 27 Ogos ini ada sambutan konvoi merdeka di Balik Pulau,” ujarnya yang merupakan salah seorang ahli Komuniti Sehati Sejiwa, Pulau Pinang.

Dia yang lengkap berpakaian dalam kostum bendera yang ditempahnya sendiri, memohon rakyat Malaysia untuk tanam semangat merdeka dan memasang bendera di kenderaan, premis dan rumah masing-masing.

Indiran (berdiri, lima dari kanan) bersama ahli Kelab Penunggang-penunggang Remaja Pulau Pinang.

Indiran (berdiri, lima dari kanan) bersama ahli Kelab Penunggang-penunggang Remaja Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung yang juga merupakan ahli konvoi kelabnya sendiri, Indiran AL Thendayuthapani, 27, dari Kelab Penunggang-penunggang Remaja Pulau Pinang berkata dia dan rakan-rakannya menyertai konvoi sebagai menunjukkan semangat patriotisme.

“Di samping itu, untuk berikan semangat kepada rakan-rakan dan anak-anak muda supaya tidak terpesong dalam aktiviti lain yang tidak berfaedah, kita buat konvoi dan pupuk semangat patriotisme,” ujarnya.

Antara pengunjung yang hadir.

Antara pengunjung yang hadir.

Indiran yang merupakan setiausaha kelab tersebut menjelaskan mereka baru sahaja ditubuhkan dalam beberapa bulan dan kini telah mempunyai lebih 50 ahli.

“Selain berkonvoi, kami juga membuat aktiviti kebajikan untuk anak-anak yatim, anak-anak kurang upaya dan sebagainya. Kami membuat derma dan beri sumbangan kepada mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, sambutan kemerdekaan tahun ini meriah dan penuh semangat dan mereka gembira dengan adanya aktiviti seperti ini.

Nurul Nasiha Mohd Noor

Nurul Nasiha Mohd Noor

Manakala, menurut seorang lagi pengunjung, Nurul Nasiha Mohd Noor, 25, dia sungguh teruja dengan sambutan semalam kerana ia merupakan kali pertamanya melihat konvoi bagi menyambut kemerdekaan.

Namun, dia merasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin berkurangan melihat kepada kurangnya Jalur Gemilang yang berkibaran jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

IMG_4376

“Terdapat banyak cara untuk bangkitkan semangat patriotisme dan salah satunya adalah menerusi konvoi seperti ini.

“Harapan saya supaya program seperti konvoi ini dapat diteruskan lagi dan tambah baik pengisian program. Antaranya, panggil budak-budak sekolah dan apa sahaja program yang boleh membangkitkan semangat mereka,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

 

IMG_4379

Dalam sambutan KMN 2017 semalam, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti persembahan oleh PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, bunga api dan deretan food truck menghiasi premis tersebut.

Konvoi KMN 2017 melibatkan 17 buah kenderaan dan 30 buah motosikal berkuasa besar pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dengan jumlah peserta seramai 107 orang.

Tinggalkan komen anda