Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerakViral

Jom Kapit Tebu : Kenduri Semukim di Gerik

By 19 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto oleh  : Muhammad Amizan Lokman

GERIK, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung membanjiri  padang bola sepak Kampung Jong Mukim Kerunai di sini pada Ahad bagi menghadiri program Jom Kapit Tebu: Kenduri Semukim.

Acara julung kali diadakan bermula 14 Disember dan berakhir pada 12 Disember itu membabitkan pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Gerik dan bertujuan mengimbau kaedah memproses tebu menggunakan alat tradisional yang unik di sekitar kawasan ini.

a4a1ce2a-2deb-4c31-96d6-fbc3f26730ec

Sebanyak 30 buah khemah disediakan untuk pameran dan jualan produk hasil Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Seorang pengunjung, Ali Syazwan, 24, berkata penganjuran program sebegini memang baik dan patut diadakan pada masa hadapan kerana ia mengingatkan kepada generasi muda yang tidak tahu tentang warisan, seperti kaedah mengapit tebu secara tradisional.

Mohd Hamudi, 29, pula berkata untuk menarik lebih ramai penyertaan dan pengunjung, pihak penganjur perlu agresif menguar-uarkan program tersebut kepada orang luar dan bukan sahaja dalam daerah Gerik.

5a608277-1329-4add-a1f0-47ff2706035c

Bagi perserta, Abdul Halim, 31, program tersebut cukup meriah kerana membabitkan ramai penduduk yang mengambil bahagian secara bergotong royong untuk menjayakan kenduri.

Sementara itu, Ahli Palimen Gerik, Hasbullah Osman berkata, acara besar seperti ini dapat menghidupkan semula legasi tradisi tempatan.

Beliau mencadangkan supaya program ini dimasukkan dalam kalendar acara tahunan Daerah Gerik.

Paling menarik pada acara pertama ini  jumlah kehadiran yang di luar di jangkaan dengan sebanyak tujuh ekor lembu disembelih untuk masakan kenduri.

43e0c1df-e6d4-49c4-b19c-1548356ace8a

57f824bd-cd1f-49dc-8f17-a2e1f856376c

Perisian lain sempena program yang  dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gerik ini termasuk Senamrobik, Demonstrasi Permainan tradisional, Demonstrasi Kapit Tebu,Persandingan pasangan Pengantin,Pameran Alatan tradisional dan juga kutipan derma untuk membina Masjid Baru Kampung Jong,Gerik.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda