Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

‘Jalan Merdeka’ Sejarah Yang Tersirat

By 21 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Hairidz Fahmi & Amar Firdaus (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia kini dapat menghayati dan memahami sepenuhnya erti kemerdekaan dan sejarah perjuangan tokoh negara ketika menentang penjajah.

Penghayatan itu dapat dirasai sendiri orang ramai dengan hadir ke ‘Pameran Jalan Merdeka’ yang diadakan di Carcosa Seri Negara bermula 31 Ogos yang lalu anjuran Asian Heritage Museum (AHM).

WhatsApp Image 2017-12-21 at 3.21.47 PM

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia, Datuk Baharin Idris yang turut hadir membuat lawatan hari ini berkata pameran ini sememangnya dapat menarik minat orang ramai mendalami sejarah negara.

“Pameran ini akan dilanjutkan sehingga April 2018 bagi memastikan semua masyarakat mendapat manfaat dari pameran ini.

“Masuk adalah percuma dan pameran ini dibuka mulai jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari,” katanya.

Salah seorang pengunjung, Nurul Akmalina Shamsuddin

Salah seorang pengunjung, Nurul Akmalina Shamsuddin

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang ditemui, Nurul Akmalina Shamsuddin berkata pameran sebegini banyak memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan kepada dirinya.

“Melalui pameran ini kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan negara malah maklumat ini amat ekslusif dan tiada dalam sukatan pelajaran di sekolah atau institut pengajian tinggi,” ujarnya dengan nada gembira.

Orang ramai boleh melayari laman Facebook “Jalan1957” atau Instagram @JalanMerdeka untuk maklumat lanjut.

– AH

Tinggalkan komen anda