Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

221 Penduduk DUN Rembia Dapat Lesen B2 Program SKSJ

By 15 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Β Laporan dan foto : Mastika Hablum (Alor Gajah)

REMBIA, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 221 pengguna jalan raya warga Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Rembia memperolehi lesen memandu kelas B2 melalui Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Malaysia, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, melalui program ini warganegara Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas dan masyarakat Orang Asli yang berusia 21 tahun ke atas diberi peluang oleh JPJ untuk mendapatkan Lesen Kelas B2 Motorsikal.

“Inisiatif ini menawarkan bayaran yang minima serendah RM180 sahaja bagi mendapatkan lesen memandu percubaan, ini adalah usaha kerajaan dalam membantu peserta-peserta daripada menganggung kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh institut memandu,” ujarnya.

Ahmad Sani gembira perolehi lesen memandu.

Ahmad Sani gembira perolehi lesen memandu.

Penerima lesen B2, Ahmad Sani, 69, ternyata gembira kerana akhirnya dapat memiliki lessen memandu.

“Hari ini adalah saat yang ditunggu-tunggu dalam hidup kerana berjaya memperolehi lesen memandu tatkala umur hampir mencecah 70 tahun, tidak sia-sia datang dari awal pagi dengan keadaan hujan yang tidak berhenti dari semalam untuk mendapatkan lesen secara sah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Gajah,Β  Datuk Wira Koh Nai Kwong, menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan budaya pemanduan berhemah.

“Kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya dan hasrat ini tidak akan berhasil jika tiada penglibatan dan sokongan dari semua rakyat Malaysia,” jelas Nai Kwong.

– SH

 

Tinggalkan komen anda