Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

WARIS Pupuk Masyarakat Minat Memanah

By 23 Januari 2018Januari 24th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

SUNGAI RAMBAI, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Memupuk minat masyarakat dalam sukan memanah mendorong Kelab Wawasan Anak Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS) dan Anak-anak Anggota KEMAS (PBAKM) Negeri Melaka menganjurkan Bengkel Asas Memanah 2018 bertempat di Kompleks Kota Al-Hasanah, Sungai Rambai, semalam.

Menurut Pengerusi (PBAKM) Negeri Melaka yang juga Mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ramlah Abas, sukan memanah merupakan salah satu sukan yang digemari oleh Nabi Muhammad SAW.

Iskandar (dua dari kiri) menunjukkan cara betul memanah.

Iskandar (dua dari kiri) menunjukkan cara betul memanah.

“Menjadi sunnah kepada kita untuk memperlajarinya, disamping memanah sukan berkuda dan berenang antara sukan yang harus diajar kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Manakala jurulatih memanah, Iskandar Onn, menjelaskan terdapat beberapa peraturan yang harus diikuti di dalam sukan memanah ini.

“Terdapat beberapa peraturan yang harus diikuti kerana anak panah yang digunakan adalah senjata yang berbahaya maka kursus asas ini penting bagi mereka yang ingin menceburikan diri dalam sukan memanah supaya memahami cara-cara pengendaliannya dengan betul dan selamat,” ujar Iskandar yang baru menjuarai liga memanah kategori tradisional negeri Melaka.

Antara peserta asas memanah di Kompleks Masjid Kota Al-Hasanah, di sini.

Antara peserta asas memanah di Kompleks Masjid Kota Al-Hasanah, di sini.

Sementara itu Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman mengesyorkan Kompleks Kota Al-Hasanah ini sebagai lapang sasar sukan memanah di DUN Sungai Rambai.

“Kompleks Masjid Kota Al-Hasanah ini juga telah diiktiraf sebagai Masjid Daerah dan pasti akan menjadikan DUN Sungai Rambai sebagai empayar Melayu dan Islam di gerbang selatan.

“Aktiviti berkaitan sunnah seperi memanah ini sebagai satu aktiviti dalam DUN Sungai Rambai adalah sangat sesuai,” katanya lagi.

Kompleks Masjid Kota Al-Hasanah turut bakal membangunkan beberapa lagi projek pembangunan berkaitan Islam antaranya taman asuhan, sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sekolah menengah agama, bazar islamik.

Turut akan ditempatkan adalah Pejabat Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam serta pejabat Tabung Haji.

-SH

Tinggalkan komen anda