Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kongres GMB 2018 Labuhkan Tirai Dengan 3000 Penyertaan

By 24 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Edawati Sulaiman & Siti Suhaila Batun (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia hari ini melabuhkan siri jelajah GMB ke seluruh negara yang bermula pada Oktober 2017 hingga Disember 2017.

Kongres GMB 2018 merupakan kemuncak kepada siri jelajah tersebut yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini hari ini.

WhatsApp Image 2018-01-24 at 16.56.02

Salleh dalam ucapan perasmiannya berkata, “Usahawan muda perlu merebut peluang dan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan dengan mewujudkan Pelan Fiderasi Nasional bagi memastikan kelajuan digital kepada tahap maksimum dengan harga yang lebih rendah”.

“Kita perlu meluaskan pasaran produk kita bukan hanya dalam pasaran tempatan sahaja tetapi ia diperluaskan ke seluruh dunia dengan adanya platform digital dan internet,” katanya.

Sebahagian dari usahawan yang hadir di majlis perasmian KongresGMB 2018

Sebahagian dari usahawan yang hadir di majlis perasmian KongresGMB 2018

Sementara itu, Presiden GMB, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, “Masalah jurang digital masih belum dapat dicapai setanding negara maju, oleh itu platform digital usahawan dijangka mampu untuk menyalurkan lebih banyak maklumat kepada usahawan muda”.

Antara penceramah, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali B.  Mydin, pemilik pasaraya Mydin

Antara penceramah yang hadir, pemilik pasar raya Mydin, Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin

Sebanyak 22 resolusi telah diutarakan oleh usahawan-usahawan semasa siri jelajah Kongres GMB ini.

Kongres GMB 2018 turut menghimpunkan beberapa penceramah terkenal seperti Pejuang Ikon Hartanah, Ahyat Ishak; Pengerusi Pasaraya Mydin, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin; MDEc, Carol Fung serta beberapa Siri Pitching bersama SME Corporation (SMECorp), Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

– AH

Tinggalkan komen anda