Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pekebun Kecil Kelapa Sawit Dapat Manfaat Berganda

By 5 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Jasin merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Ahmad Hamzah berkata dalam meningkatkan pengeluaran kelapa sawit dan pendapatan pekebun kecil, kerajaan telah menyediakan satu peruntukan yang besar melalui bantuan dan insentif kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh membantu memacu kemajuan industri sawit yang menyumbang ekonomi negara serta sosio ekonomi penduduk luar bandar, seterusnya memberikan impak positif kepada rakyat.

Hamzah (tengah) merasmikan Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Jasin, Sabtu lalu.

Hamzah (tengah) merasmikan Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Jasin, Sabtu lalu.

“Kemajuan industri sawit merupakan tanaman komoditi pertama negara yang pasti melibatkan peranan pekebun-pekebun kecil di seluruh negara. Industri sawit telah melalui beberapa fasa kemajuan bagi meningkatkan kemajuan negara serta sosio rakyat,” ujarnya.

Hampir 40% keluasan tanah sawit negara diushakan oleh pekebun-pekebun kecil. Tahun lepas menyaksikan pengeluaran sebanyak 19.92 juta tan minyak iaitu lebih 76 billion sumbangan eksport kepada negara.

Hamzah turut menjelaskan kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.12 juta untuk disalurkan kepada pekebun kecil melalui koperasi dan sebanyak RM40,000 diberikan untuk penubuhan Koperasi Pekebun Sawit Malaysia dan RM200,000 untuk membina pusat timbang sawit di Kampung Sebatu ini,” ujarnya ketika merasmikan Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Jasin di Kampung Sebatu, disini, baru-baru ini.

“Ini membuktikan kerajaan menganggap pekebun kecil adalah kelompok masyarakat yang perlu diberikan pembelaan dan pengiktirafan supaya nasib pekebun kecil sentiasa dalam pembelaan daripada kerajaan.

Hasnah mengingatkan pekebun-pekebun lain untuk tidak membuat pembakaran terbuka setelah menebang pokok bagi menghormati peraturan yang ditetapkan

Hasnah mengingatkan pekebun-pekebun lain untuk tidak membuat pembakaran terbuka setelah menebang pokok bagi menghormati peraturan yang ditetapkan

“Melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini banyak insentif integrasi diberikan kepada pekebun-pekebun kecil antaranya pekebun kecil yang layak mendapat RM3000 sehektar bagi pembelian input pertanian bagi integrasi tanaman sawit,” jelasnya lagi.

Pekebun kecil sawit Hasnah Zainal, 63, berkata dengan adanya Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) ini, pekebun perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Dengan adanya koperasi, hasil pekebun kecil dapat dikumpulkan secara kelompok dan dijual tanpa ada penyelewengan,” ujar Hasnah.

Turut hadir, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Ghazale Mohamad, (ADUN) Bemban, Datuk Ng Choon Koon dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

– SH

Tinggalkan komen anda