Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

#Respeklabro: Gen-Y Agen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina 2018

By 6 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan sebanyak 16.8 juta daripada 20.1 juta pengguna aktif internet di Malaysia, pengguna media sosial tegar.

Justeru, tanda pagar #Respeklabro yang diperkenalkan sejak 2017 turut digunakan sebagai slogan bagi Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baru Cina 2018 untuk disebarkan melalui media sosial.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Sarani Dollah, di Hentian Sebelah Ayer Hitam Arah Selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hari ini.

Ucapan Perasmian oleh TKSU KKR, Datuk Sarani Dollah

Ucapan Perasmian oleh TKSU KKR, Datuk Sarani Dollah

Dalam ucapannya, Sarani berkata, “#Respeklabro merupakan program keselamatan berteraskan pendidikan berterusan terhadap agen perubahan merangkumi generasi muda, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti bagi menerapkan nilai pemanduan berhemah”.

“Kempen ini sejajar dengan Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya 2014 – 2020 yang dilancarkan pada 2014 ke arah mengurangkan kadar kemalangan di negara ini,” tambah beliau.

Konvoi 16 Konsesi Lebuhraya Seluruh Negara

Konvoi 16 Konsesi Lebuhraya Seluruh Negara

Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan sebanyak 20 hingga 30 peratus sempena Tahun Baru Cina ini di semua lebuhraya utama seluruh negara.

Pelbagai langkah proaktif diambil dalam usaha melancarkan aliran trafik, antaranya menempatkan anggota RELA di plaza tol serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R), mengaktifkan laluan kontra, menempatkan kren dan kembalik, menyediakan pasukan tindakan kecemasan, mengemaskini maklumat trafik, menyediakan kemudahan air dan tandas tambahan serta larangan penggunaan kenderaan berat pada 14,15, 24 dan 25 Februari 2018.

Cadangan Waktu Perjalanan oleh LPT

Cadangan Waktu Perjalanan oleh LPT

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur juga dinasihatkan supaya menggunakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan.

Sebanyak 16 Konsesi Lebuhraya turut menawarkan diskaun dan rebat tol sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2018 pada kadar lapan hingga 30 peratus (untuk kenderaan kelas 1 hingga 5) pada 10, 11 dan 16 Februari 2018.

Bacaan Ikrar Keselamatan oleh Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Bacaan Ikrar Keselamatan oleh Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Pada program yang sama, Sarani melepaskan konvoi petugas keselamatan dari 16 Konsesi Lebuhraya dari seluruh negara.

Bacaan ikrar keselamatan oleh pelajar-pelajar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam turut diperdengarkan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Ismail Md. Salleh dan Yang DiPertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi.

-AAS

Tinggalkan komen anda