Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Sesi Dialog Platfom Terbaik Anak Muda

By 14 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan / foto oleh  : Muhammad Amizan Lokman

 

LENGGONG, 14 FEB (MalaysiaAktif) – Seramai 80 orang yang menghadiri Dialog Anak Muda Lenggong di Dewan Merdeka, Lenggong pada hari ini.

Dialog tersebut melibatkan usahawan anak muda sekitar parlimen Lenggong bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan muda berdialog dengan pemimpin tempatan.

Program dialog ini merupakan cetusan idea Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang telah beberapa kali diadakan seluruh parlimen Lenggong untuk mendekati golongan muda.

WhatsApp Image 2018-02-14 at 12.52.09

Seorang peserta, Muhammad Wafi , 30, berkata,  usahawan muda perlu mempunyai jenama sendiri dan pengiktirafan produk halal yang mampu meningkatkan lagi produk jualan.

Bagi Irawady Ahmad, 39, dalam soalan semasa sesi dialog, untuk menarik lebih ramai lagi yang datang ke Lenggong, perlu diberikan ruang dan peluang untuk usahawan luar bertapak di Lenggong malahan ia memberi manfaat kepada masyarakat Lenggong sendiri.

Seorang lagi perserta, Sufi Abdullah, 38, berkata, “kita mampu menghasilkan produk dan mendapat tempat di pasaran luar, apa salahnya kalau jadikan Lenggong sebagai tempat pengumpulan hasil pengeluaran untuk memudahkan usahawan memasarkan produk”.

WhatsApp Image 2018-02-14 at 12.57.23

Shamsul Anuar dalam sesi dialog berkata, usahawan muda perlu mempelbagaikan produk jualan dan tidak hanya tertumpu kepada satu produk sahaja. Contohnya,tidak hanya fokus kepada jualan ikan perkasam.

Shamsul menambah lagi, sekiranya institusi pengajian ingin dibina, institusi yang dibangunkan di Lenggong mestilah bersesuaian dan mengutamakan aspek Pelancongan dan Pertanian.

Dialog pada hari ini juga di selitkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Secharma Band.

Sesi dialog anak muda Lenggong yang  dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong memberikan peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda untuk melontarkan pendapat mereka melalui platfom yang tepat dan betul.

  • MRR

Tinggalkan komen anda