Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Lebih 400 Nelayan Terima Elaun Sara Hidup

By 16 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Noraidah Mat Seh (Melaka Tengah)

MELAKA TENGAH, 16 Feb (Malaysiaaktif) –Seramai 415 nelayan dari kawasan Melaka Selatan menerima elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 seorang dengan jumlah peruntukan bernilai RM124,500.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Hasan Abd Rahman berkata program elaun sara diri ini merupakan antara usaha dan inisiatif pihak kerajaan yang bertujuan untuk membantu masyarakat nelayan di Melaka.

Nelayan yang hadir menerima elaun sara hidup di sini semalam.

Nelayan yang hadir menerima elaun sara hidup di sini semalam.

“Selain bayaran elaun sara hidup, para nelayan juga menerima bantuan subsidi minyak petrol atau diesel yang diberi untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut, selain dibayar wang insentif hasil tangkapan iaitu 10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap.

“Pihak kerajaan negeri akan sentiasa menyokong dan terus meningkatkan kerjasama dan komitmen bersama kerajaan persekutuan dalam membangunkan dan memajukan industri perikanan negeri supaya mampu memberi impak positif ke arah memacu pembangunan negeri dan rakyat demi kesejateraan dan keharmonian bersama.

“Kerajaan juga berharap dengan bantuan ini akan mendorong para nelayan untuk terus berusaha gigih dalam memajukan industri perikanan seterusnya menjamin bekalan negara sentiasa mencukupi khususnya di negeri Melaka dan Malaysia,” ujar Hasan lagi.

Kamis bersyukur dengan elaun yang diberikan.

Kamis bersyukur dengan elaun yang diberikan.

Penerima bantuan, Kamis Omar, 68, bersyukur dengan elaun yang diberikan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban belanja barangan keperluan harian serta dapat menampung keperluan persekolahan anak-anak.

Manakala Ramli Omar, 66, berkata “selain diberikan elaun sara diri, pemberian subsidi minyak petrol dan diesel juga dapat mengurangkan kos perbelajaan kami untuk turun ke laut untuk mencari rezeki.

“Terima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu nelayan-nelayan di negara ini terutamanya di Melaka,” ujarnya.

Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Peringkat Kawasan Melaka Selatan telah berlangsung di Dewan Hang Tuah, semalam.

Turut hadir Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Melaka (LKIM), Rosli Mustapa dan Timbalan Pengarah LKIM Negeri Melaka Sulaiman Abd Ghani.

 

-SH

Tinggalkan komen anda