Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

15 Pasangan Pengantin Baharu TTB Diraikan

By 2 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 15 pasang pengantin baharu telah selamat diijab kabul dalam Program Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baru (TTB) Perkahwinan Perdana Daerah Kemaman 2018 di Masjid Batu 2 1/2, Mak Chili di sini, hari ini.

Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Md. Azahar berkata Program Keluarga Generasi TTB ini merupakan tahun ketiga perlaksanaan di negeri ini dan dijalankan secara serentak di seluruh daerah.

Seramai 15 Pasangan pengantin dinikahkan hari ini sempena Program Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baru (TTB) di sini.

Seramai 15 Pasangan pengantin dinikahkan hari ini sempena Program Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baru (TTB) di sini.

“Program ini merupakan cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif yang bertujuan antara lain menangani kos pengurusan perkahwinan yang tinggi.

Selain itu, melalui program ini juga, ia dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan generasi muda dan menangani budaya kahwin lewat,” katanya lagi.

Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Kemaman, Wan Zakaria Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklum balas positif kerana program ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga.

“Mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 dan keluarga pengantin dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kenduri kerana pengantin akan diraikan dalam majlis khas untuk hari yang bersejarah ini.

“Antara syarat untuk program ini adalah pasangan atau salah seorang daripada mereka merupakan anak Terengganu dan perkahwinan ini merupakan perkahwinan pertama.

“Pasangan juga mestilah tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, atau penyakit kelamin yang dikhuatiri akan mendatangkan masalah kepada pasangan,” tambahnya lagi.

Upacara akad nikah pasangan Mohd Afiq Jaafar oleh jurunikah Solahuddin Ramli disaksikan oleh pegawai daerah serta hadirin.

Upacara akad nikah pasangan Mohd Afiq Jaafar oleh jurunikah Solahuddin Ramli disaksikan oleh pegawai daerah serta hadirin.

Antara pasangan pengantin yang menyertai program ini, Mohd Afiq Jaafar, 22 dan pasangannya Norli Adam, 22 memaklumkan beliau dan pasangannya bersyukur dipilih menyertai program ini.

“Majlis ini akan dijadikan kenangan dalam hidup kami dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri.

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh jurunikah Solahuddin Ramli.

Program ini turut dihadiri Penolong Pengarah YPK Terengganu, ketua jabatan serta pimpinan setempat.

-SH

Tinggalkan komen anda