Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanViralWilayah Persekutuan

Manfaatkan Kerangka Pembangunan Labuan 2030 Untuk Tarik Pelabur Luar

By 2 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto: M. Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN 2 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menyeru semua pihak memanfaatkan Kerangka Pembangunan Labuan (LDB) 2030 untuk menarik pelabur luar bagi meneroka peluang perniagaan di pulau itu.

“Selepas pengumuman LDB 2030 dan projek jambatan, perbincangan mengenai Labuan di dalam kabinet semakin rancak.

“Kita akan melalui tahun-tahun yang akan rancak dengan pembangunan dan akan mengubah keadaan di Labuan.

“Peniaga-peniaga dan semua dewan perniagaan perlu memainkan peranan, bersedia merebut peluang serta sama-sama membawa pelabur luar datang ke sini,” katanya.

Rozman (tengah) mengedarkan 'angpow' kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis itu

Rozman (tengah) mengedarkan ‘angpow’ kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis itu

Rozman menyarankan semua pihak menjadikan LDB 2030 sebagai satu alat yang membolehkan para pelabur yakin dengan Labuan.

“LDB mempunyai ‘roadmap’ yang akan menunjukkan kemana arah tuju Labuan dan memudahkan pelabur faham sektor mana yang mereka patut terokai.

“Kita akan berusaha memudahkan proses-proses birokrasi yang akan dihadapi dibantu pucuk pimpinan kerajaan yang memahami keperluan yang perlu ada di Labuan,” katanya lagi.

Tambah Rozman, segala projek pembangunan yang akan dijalankan perlu bersesuaian dan mendatangkan pulangan sekaligus menjadikan Labuan bertambah cantik serta berdaya saing.

Kemeriahan majlis dengan kehadiran daripada pelbagai lapisan masyarakat Labuan

Kemeriahan majlis dengan kehadiran daripada pelbagai lapisan masyarakat Labuan

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan Tionghua dan Komuniti 1Malaysia Zon 16, 19, 20 dan 21 di Kampung Sungai Keling, di sini semalam.

Majlis yang dibanjiri kira-kira 2000 orang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias; Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii dan Pengerusi MIC Bahagian Labuan, Datuk Ramasamy Rengasamy.

– AH

Tinggalkan komen anda