Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Najib Rasmi Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018

By 3 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Maherah Marina
Foto : Affendi Ahmad (Kuala Nerus)

KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Malaysiaaktif) –Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Beliau yang tiba di Kuala Terengganu semalam telah mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan UMNO Perhubungan Terengganu sebelum ke tapak ekspo.

Najib Razak ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Ekspo Terengganu di sini.

Najib Razak ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Ekspo Terengganu di sini.

Najib berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai usaha dalam meringankan beban rakyat termasuklah dalam menangani isu kos sara hidup.

“Sebagai contoh, program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di setiap Parlimen yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga lebih murah ternyata memberi manfaat kepada orang ramai dan kita akan teruskan program ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan pada masa akan datang.

“Selain itu, program MyBAS yang diperkenal kerajaan memberi pilihan kepada rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dengan tambang serendah RM1.30,” katanya ketika berucap merasmikan majlis siang tadi.

Najib Razak yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kemudiannya turut meninjau tapak pameran kluster Kerajaan Negeri Terengganu dan seterusnya menyaksikan majlis penyerahan perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dengan lima syarikat swasta.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyerahkan Surat Tawaran Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah 2017 kepada penerima terpilih serta penyerahan bantuan pengurusan kepada pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan selama seminggu bermula 25 Februari lalu menyaksikan lebih 500,000 pengunjung hadir ke ekspo terbesar yang pernah diadakan di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda