Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

TPM Umum RM6 Juta Baik Pulih Perumahan Polis Desa Aman

By 9 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Sazaki Abdul Rahman & Inthran Krishnan ( Kuala Lumpur )

Kuala Lumpur, 9 Mac (Malaysiaaktif) – “Sebanyak RM6 juta telah diluluskan untuk kerja-kerja membaik pulih Perumahan Polis Desa Aman 1 dan Desa Aman 2.”

Demikian pengumuman khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri di program Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Penduduk Lembah Pantai di Dewan Serbaguna Perumahan Polis, Desa Aman 1, di sini semalam.

Jelasnya lagi, “Kita harus berterima kasih kepada ‘ketua kampung’ kita iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang banyak membantu dalam program baik pulih perumahan polis ini”.

“Dewan ini juga akan dilengkapi dengan penghawa dingin baru supaya kita semua tidak lagi berpanas di dalam dewan ini. Lif akan ditukar baru dan bangunan perumahan ini akan dicat baru.

“Kita kerajaan yang prihatin dan kita bekerja tidak bermusim dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Lembah Pantai,” katanya.

WhatsApp Image 2018-03-08 at 21.21.13

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah bekerjasama dalam program NBOS dengan Kementerian Dalam Negeri yang akan memasang ‘hi-definition’ CCTV di kawasan panas jenayah.

Menurutnya lagi, kajian menunjukkan 75 peratus janji Ahli Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah) tidak ditunaikan manakala 74.2 peratus janji telah ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai.

Tambah Zahid, sebanyak 58.2 peratus pengundi telah dikenal pasti beralih arah menyokong BN di Lembah Pantai dalam pilihan raya akan datang.

Antara penduduk yang hadir

Antara penduduk yang hadir

Jelas Zahid, “Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertungkus lumus menjaga keharmonian dan kesejahteraan penduduk di Wilayah Persekutuan”.

Zahid berkata ini terbukti apabila indeks jenayah menurun sebanyak 40 peratus dan menyeru agar rakyat turut memainkan peranan dalam membantu PDRM mencegah jenayah.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansur, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai.

-AZR

Tinggalkan komen anda