Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

J3K Struktur Paling Hadapan Masyarakat Akar Umbi

By 9 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 9 Mac (Malaysiaaktif) – “Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) merupakan struktur hadapan pada peringkat akar umbi yang telah memastikan negara terus dalam keadaan selamat, aman dan makmur,” ujar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika Perhimpunan Amanat dan titik sentuh kepada 316 Pengerusi J3K seluruh negeri Melaka bertempat di Dewan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Udang disini, semalam.

Menurut Idris, dalam ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia masih kekal pada kedudukan terbaik serta masih mampu  mengagihkan bantuan sumbangan ini kepada rakyat di seluruh negara termasuklah di Melaka.

“Semua ini berlaku kerana adanya kemakmuran ekonomi, wujudnya kestabilan politik dan keseimbangan sosial yang kesemuanya ini terhasil daripada kebijaksanaan kepimpinan negara.

Idris merasmikan program Perhimpunan Amanat dan titik sentuh kepada 316 Pengerusi J3K seluruh negeri Melaka semalam.

Idris merasmikan program Perhimpunan Amanat dan titik sentuh kepada 316 Pengerusi J3K seluruh negeri Melaka semalam.

“Tidak ada mana-mana negara yang mengamalkan fungsi (J3K) seperti di Malaysia yang membantu kerajaan menyampai dan menerima maklum balas permasalahan rakyat dan akhirnya menyelesaikan, inilah organisasi yang paling mantap, kukuh dan ampuh bagi membela nasib rakyat,” ujarnya lagi.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Hasan Abd Rahman, berkata pelbagai kaedah telah dilaksanakan dalam memperkasakan J3K antaranya menambah elaun pengerusi J3K, Bantuan Khas kepada Pengerusi J3K dalam bajet 2018 sebanyak RM1500, pertambahan jawatankuasa J3K dan beberapa lagi cadangan akan dibawa dalam masa terdekat.

“Harapan saya untuk menjadikan J3K di negeri Melaka sebagai contoh J3K terbaik dalam Malaysia dalam segi pentadbiran organisasinya serta mampu berdikari dan membangunkan industri di peringkat kampung itu sendiri,” ujar Hasan.

Menurut Pengerusi J3K Kampung Panchor, Borhan Maaras, 62, bantuan khas ini adalah salah satu bentuk pengiktirafan kerajaan atas sumbangan J3K kepada masyarakat dan negara.

Katanya lagi, “J3K adalah tapisan permasalahan di peringkat paling asas untuk diselesaikan jika permasalahan tersebut diluar kemampuan J3K maka akan dibawa ke mesyuarat (JAPERUN) supaya permasalahan rakyat diselesaikan bersama agensi yang berkaitan,” ujar Borhan.

-SH

Tinggalkan komen anda