Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Chalet Kabin Pulau Penarik Transformasi Ekonomi Baru

By 14 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Zuriatina Binti Tamat
TANGKAK, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Tiga buah Chalet Kabin telah dibina oleh Pejabat Pertanian Tangkak di Pulau Penarik, Sungai Mati di bawah peruntukan Agro Pelancongan Negeri Johor untuk kumpulan pesawah di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai Pertanian Tangkak, Mohd Hafizh Hussein, Chalet Kabin tersebut dibina beserta tapak demo semaian padi dan peralatan pemprosesan padi untuk kemudahan pelancong dengan kos sebanyak RM150,000.

“Chalet Kabin ini nanti akan diserahkan kepada Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Mati untuk diuruskan. Ia juga salah satu usaha kerajaan di bawah Jabatan Pertanian bagi pendekatan baru untuk petani terutama pesawah di Pulau Penarik ini”, ujar Hafizh.

Dari Kiri, Asojan, Hamim dan Razak melakukan demo penanaman padi di tapak semaian padi

Dari Kiri, Asojan, Hamim dan Razak melakukan demo penanaman padi di tapak semaian padi

Selain dari pembinaan Chalet Kabin, Pejabat Pertanian Tangkak juga memberikan bantuan melalui Program Galakkan Usahawan untuk memberikan kesedaran bagi memenuhi keperluan bahan makanan negara dan mengurangkan import.

Hamim menyampaian Sijil Galakan Usahawan

Hamim menyampaian Sijil Galakan Usahawan

“Program ini bagi menggalakkan usahawan kecil meningkatkan pendapatan sedia ada dengan nilai maksima untuk bantuan adalah RM8,000 bagi setiap permohonan. Syaratnya, mereka perlulah mempunyai perusahaan yang telah berjalan selama satu tahun dan warga negara Malaysia. Kami berharap mereka dapat mengembangkan perusahaan mereka dan boleh mendapat pendapatan bulanan sehingga lima ribu sebulan”, jelasnya lagi.

Hafizh yang ditemui dalam Program Perasmian Chalet Kabin Pulau Penarik beserta penyampaian Sijil Galakan Usahawan dan Pertanian Rakyat yang juga di bawah Jabatan Pertanian pada Ahad lepas.

WhatsApp Image 2018-03-14 at 16.51.33

Hj Mohd Safaruan selepas menerima penyerahan Chalet Kabin mewakili JKKK Sungai Mati

Pada masa sama, Ketua Kampung Sungai Mati, Hj Mohd Safaruan Yusof menyatakan rasa gembira dan terima kasih kepada Pejabat Pertanian Tangkak yang telah membina Chalet Kabin di kawasan Pulau Penarik di bawah pentadbiran beliau.

“Rasa bersyukur dan terima kasih sangat kerana JKKK saya yang pertama dapat bantuan inap desa dalam bentuk Chalet Kabin di Tangkak dan dalam Parlimen Ledang. Inap Desa D’Penarik Kabin Homestay ini akan diusahakan secara bersama antara JKKK Sungai Mati dan Koperasi Sungai Mati. Kami juga dalam perancangan untuk mengadakan pakej-pakej tertentu bagi pelancong yang berminat menginap di Chalet Kabin ini nanti”, jelas beliau lagi.

Turut hadir merasmikan Chalet Kabin Pulau Penarik adalah Datuk Ir Dr. Hj. Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr. Hj. Abd Razak Minhat, Adun Serom dan Datuk M. Asojan, Adun Gambir.
– MRR

Tinggalkan komen anda